,
Laman Utama

Iman Troye Turun Kelantan Beri Motivasi Untuk Calon SPM! - "Saya Harap Dapat Suntik Semangat, Dari Gagal Ke A"

Amri Hassan
31/08/2023
06:53 MYT
Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.
Iman Troye hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.
"Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.
"Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.
"Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul," katanya.
Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan.
Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM).

Jelajah PTTI sempena cuti sekolah

Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.
"PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.
"PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Serasi Tak Dibuat-Buat, Iman Troye Selesa Adib Ada Dalam MV Bunga Kemboja - "Lagu Ini Memang Berdasarkan Kisah Sebenar"

gempak
16/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi muda, Iman Troye berkongsi bahawa lagu Bunga Kemboja yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah lagu yang ada kena mengena dengan percintaanya yang terdahulu.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Drama

Bermasam Muka Sebab Nasi Dagang Kelantan & Terengganu, Bolehkah Daniel Dan Stopa Berbaik?

gempak
06/09/2024
09:55 MYT
Setelah sekian lama berperang bagi menentukan nasi dagang negeri mana paling sedap, akhirnya Stopa dan Daniel membuat keputusan untuk bergabung.
Hiburan

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

gempak
05/09/2024
08:55 MYT
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.
Hiburan

Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye

gempak
02/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan muda, Adib Aidil  menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye.