Laman Utama

Imam Ditikam Saat Sujud Tunaikan Solat Subuh, Pelaku Mengaku Tak Bersalah

gempak
Maliah Surip
12/04/2023
12:45 MYT
Sponsor Banner
Imam Ditikam Saat Sujud Tunaikan Solat Subuh, Pelaku Mengaku Tak Bersalah
Seorang iman masjid di New Jersey mengalami detik ngeri apabila ditikam sewaktu menunaikan solat Subuh.
Insiden terjadi pada 11 April 2023 sekitar pukul 5.30 pagi waktu tempatan apabila seorang pemuda tiba-tiba menikam Imam Sayed Elnakib di Masjid Omar, Peterson.
Elnakib ditikam oleh suspek berusia 32 tahun itu sewaktu sedang sujud dengan sekitar 200 jemaah bersamanya.
Mengikut kronologi kes, Zorba diketahui telah masuk ke dalam masjid dan pergi ke arah gerombolan jemaah sebelum menikam Elnakib yang sedang sujud.
Dia kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditangkap.
Pemuda kelahiran Istanbul tersebut bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas perbuatan jenayah yang dilakukan, kepada mahkamah.
Sehingga kini motif Zorba melakukan perbuatan jenayah itu masih belum diketahui. Dia boleh dipenjarakan sehingga 26 tahun jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024