,
Hollywood

"I'm Back!" - Arnold Schwarzenegger Masih Hidup

Kamaruddin Razal
01/04/2018
00:07 MYT
"I'm back" merupakan kata-kata pertama yang terpacul dari mulut pelakon aksi Arnold Schwarzenegger sebaik sedar selepas menjalani pembedahan jantung kecemasan di sebuah hospital di Los Angeles.
Menurut jurucakapnya, Daniel Ketchell, pelakon berusia 70 tahun itu berada dalam keadaan stabil
Bekas Gabenor California itu menjalani pembedahan berkenaan bagi menukar salah satu injap jantungnya.
Pembedahan sama pernah dilalui Schwarzenegger 21 tahun lalu.
Menerusi bukunya "Total Recall: My Unbelievably True Life Story", Schwarzenegger merahsiakan pembedahan pada 1997 itu daripada pengetahuan isterinya Maria Shriver.
Dia sebaliknya memaklumkan kepada Shriver, sedang bercuti di Mexico.
Menurut Schwarzenegger, masalah jantung yang dialaminya adalah penyakit keturunan dan tidak ada kena mengena dengan penggunaan steroid.
Bekas jaguh bina badan ini bakal muncul dalam dua filem sekuel The Terminator dan Conan the Barbarian dalam tempoh dua tahun ini.
Kali terakhir Schwarzenegger tampil di khalayak umum adalah pada Rabu lalu sehari sebelum pembedahan berkenaan.
Dia dilihat meninggalkan Hotel Beverly Hills sambil menghisap cerut selepas makan tengahari bersama anak lelakinya, Patrick Schwarzenegger.
Sumber: Astro Awani Foto: Complex.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.