,
Laman Utama

“Ikut Sahaja Arahan, Bukan Kali Pertama Kita Beraya Dalam PKP…” – Muna Shahirah

Fiza Kamarudin
18/05/2021
05:53 MYT
Penyanyi Muna Shahirah, meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir individu yang ingkar arahan dikeluarkan kerajaan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Muna berkata, biarpun rasa rindu terhadap suasana berhari raya seperti sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, namun demi memutuskan rantaian, rakyat sepatutnya tidak ingkar.
“Saya mengaku sangat rindukan suasana beraya macam dulu-dulu. Sekarang ini hari raya kita dah tak meriah.
“Tahun lalu, walaupun PKP dijalankan kita semua masih boleh berziarah dalam radius ditetapkan tetapi kali ini disebabkan peningkatan kes kita terpaksa duduk di rumah.
“Kalau ikutkan rasa memanglah bosan tetapi SOP ini adalah untuk kebaikan kita bersama, kita pun tak nak kes semakin meningkat. Patuh sahajalah.
"Lagipun ini bukan kali pertama...Rasanya ramai yang dah boleh terima dan faham situasi sekarang, cuma segelintir sahaja yang masih berdegil.
"Dan itu agak mengecewakan sedikitlah, kerana orang lain menahan rasa nak beraya dengan keluarga masing-masing,” katanya.
Tambah Muna tahun ini dia menyambut hari raya bersama keluarga di Mersing, Johor dan tidak pulang ke Pahang seperti kebiasaan.
“Rindunya nak jumpa atuk dan nenek serta saudara mara di sana. Berkumpul ramai-ramai dan sibuk buat persiapan sama-sama.
“Tapi apa boleh buat…PKP menghalang kita untuk berkumpul bersama sanak-saudara,” katanya sayu.
Dalam perkembangan lain Muna yang popular dengan lagu Teguh Setia dan Takdir Cinta, bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Mulanya Saya Memang Pelik, Bila Bangun Pagi Ada Orang Di Sebelah” - Muna Shahirah Selamat Bernikah Dengan Mualaf

gempak
21/05/2023
02:55 MYT
Tahniah Muna!
Laman Utama

"Dia Pandai Main Emosi, Dahlah Makin Charming Sekarang Ni" - Muna Shahirah Selesa Kerja Dengan Afieq Syazwan

gempak
02/10/2022
06:44 MYT
Ewah ewah depa...
Laman Utama

“Biasalah Salah Faham Masa Bekerja…” -Tuah Adzmi Tak Serik Bekerjasama Dengan Tajul

gempak
18/05/2021
13:15 MYT
Gaduh kawan-kawan...Biasalah...
Laman Utama

Patuh PKP, Awal Dan Scha Tangguh Hasrat Kenalkan Lyla Pada Keluarga

gempak
18/05/2021
03:15 MYT
Keluarga Awal dan Scha pun tak sempat nak jumpa Lyla Amina lagi.
Laman Utama

“Selepas Hebat Dikecam & Dimaki Kerana Bersikap Jujur, Maka Dengan Ini Saya Tidak Mahu Lagi Bercakap Benar” – Masya Masyitah

gempak
15/05/2021
05:50 MYT
Dah rezeki Masya dapat beraya dengan bapa dan adik beradiknya yang lain...