HIBURAN
Ikmal Amry Berjaya Tewaskan Hun Haqeem Di Fury Championships - “ Saya Kasihan Tapi Benda Dah Jadi”
Gelanggang Fury Championship mencatat sejarah apabila menyaksikan pelakon, Ikmal Amry berjaya memperoleh kejayaan selepas berjaya menumbangkan pihak lawannya, Hun Haqeem pada minit ketiga.
Pertarungan yang bermula pada jam 12.01 tengan malam itu menyaksikan Ikmal melepaskan tumbukan padu sehingga Hun hilang kawalan di pusingan pertama.
Meskipun bersyukur kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan tempur tersebut, Ikmal tetap meluahkan rasa simpati terhadap sahabatnya yang mengalami kecederaan selepas perlawanan tersebut.
“Saya kasihan dengan Hun, tapi benda sudah jadi. Kita dalam sukan tempur profesional, apa yang kita boleh buat di dalam gelanggang, itu yang saya buat,” katanya.
Aktor yang terkenal dengan drama From Saga With Love menafikan kecederaan silam yang pernah dialami Hun menjadi kunci utama kemenangannya.
Dalam masa yang sama, dia turut menyedari bahawa Hun pernah mengalami kecederaan pada bahagian lutut Anterior Cruciate Ligament atau ACL dan telah menjalani rawatan sebelum ini.
“Tidak. Sebenarnya saya ada rasa simpati sedikit terutama apabila saya tengok hidung dia dah berdarah ketika itu. Saya rasa perlu perlahankan rentak sedikit. Tetapi sebenarnya saya pun tak tahu nak buat apa. Kemudian jurulatih minta saya bertenang, malangnya lutut Hun cedera. Mungkin dia boleh buat lebih baik dalam pertarungan itu.
“Untuk perlawanan ini, dia yang setuju untuk bertarung dengan saya. Sebelum ini memang saya mencari pihak lawan dan dia yang menawarkan diri sekaligus membuatkan saya terkejut.
“Saya berat hati sebenanrya nak lawan Hun. Kalau boleh saya nak bertarung dengan pihak lawan yang tidak saya kenali, lagi seronok. Sekarang saya rasa simpati, bukan nak menang sangat. Bila jadi macam ini saya fikir tidak mungkin saya mahu bertarung dengannya lagi. Tentunya bukan dalam masa terdekat. Dia kena pastikan kecederaannya sembuh sebaiknya,”ujarnya.
Pertempuran hebat antara dua selebiriti ini telah disaksikan oleh seramai 1,700 penonton di Zepp KL pada Jumaat.
Sekadar info, Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.
Kejohanan ini menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.
Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri sukan ini ke tahap lebih tinggi.
Mengambil inspirasi daripada gergasi global seperti ONE Championship, Jaa dan Wafiy berhasrat menjadikan Fury Championship sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia.
BERITA BERKAITAN: “Nak Buat Senang, Maintain Tu Yang Susah” - Ikmal Amry Setuju, Mahu Kekal Berbadan Sasa Perlu Diet Yang Konsisten
BERITA BERKAITAN: Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."
BERITA BERKAITAN: Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"
BERITA BERKAITAN: Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”
Must-Watch Video