HIBURAN
Ika Nabella Kurang Setuju Suami & Isteri 50/50 Dalam Perkahwinan - “Suami 100% Provider & Pemimpin, Isteri….”
Pelakon, Ika Nabella tampil meluahkan pandangannya mengenai konsep pembahagian tanggungjawab dalam perkahwinan.
Menerusi perkongsian di akaun Threads, Ika menolak konsep “50/50” dalam rumah tangga yang menurutnya bertentangan dengan fitrah dan keseimbangan ilahi dalam institusi perkahwinan.
“50/50 dalam perkahwinan? Siapa ajar? Suami 100% the provider & pemimpin. Isteri 100% taat and 1000% adorable!

“This isn’t modern math, this is divine balance. Bila kedua-duanya mainkan peranan masing-masing, barakah akan memenuhi rumah tangga, betul tak? Apooo 50/50.,” tulisnya.
Kenyataan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong pandangannya, sementara lain pula berpendapat bahawa perkahwinan zaman moden menuntut kesaksamaan dalam tanggungjawab dan peranan antara pasangan.
“Saya lelaki dan saya setuju.
“Mana ada 50/50. Duit suami duit you. Duit u hak you. Sebab tu Allah suruh isteri taat pada husband. Ikut role masing-masing,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tanggungjawab utama suami ialah sebagai penyedia nafkah zahir dan batin, manakala isteri memainkan peranan sokongan dan penjagaan rumahtangga sahaja.
Sumber: Threads
Must-Watch Video