,
Berita

IJN Perintis Pusat Rehabilitasi Jantung Berteknologi Tinggi Pertama Di Asia

Gempak
01/08/2024
11:36 MYT
Institut Jantung Negara (IJN) melakar pencapaian dalam penjagaan jantung menerusi rehabilitasi baharu yang dilengkapi teknologi senaman pneumatik termaju.

BERITA TRENDING: “Lambat 5 Minit Tiba Di Hospital, Saya Mungkin Sudah Tiada…” - Azlee Syukur Diberi Peluang Kedua Untuk Hidup

IJN menerusi satu kenyataan memaklumkan kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi Jerman, Finland dan Belanda, sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
"Rehabilitasi jantung ialah program yang direka untuk membantu pesakit sembuh daripada pelbagai penyakit berkaitan jantung seperti serangan jantung dan pembedahan serta mengurangkan risiko serangan jantung pada masa hadapan.
"Program ini mempromosikan pendekatan holistik bagi penyembuhan dengan menggabungkan latihan senaman, nasihat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung," maklum kenyataan itu.
Dengan kerjasama pakar rehabilitasi Finland dan pengeluar peralatan senaman HUR, pusat itu menyediakan peralatan senaman pneumatik termaju.
Tidak seperti sistem tradisional yang berasaskan berat, menurut IJN sistem pneumatik ini menggunakan tekanan udara untuk menghasilkan rintangan, menawarkan pengalaman senaman lebih lancar dan terkawal.
“Teknologi ini membantu mengurangkan ketegangan pada sendi dan mengurangkan risiko kecederaan selain menjadikan sesi senaman lebih efektif,” menurut kenyataan itu.

BERITA TRENDING: IJN Berjaya Lakukan 2 Pemindahan Jantung, Bukti Masih Ramai Penderma Organ Diperlukan!

BERITA TRENDING: Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN

BERITA TRENDING: “Berderai Air Mata Jantan Saya” - Cadang Keluar KWSP Buat Pembedahan Jantung Anak, Tapi Siti Nurhaliza Datang Beri Bantuan

Kelebihan mesin HUR yang diikuasakan oleh teknologi SmartTouch itu membolehkan input program latihan dan sasaran direkodkan selain sistem ini boleh diselaras secara automatik seperti ketinggian tempat duduk, rintangan dan ulangan serta merekodkan setiap kemajuan pergerakan.
Pusat rehabilitasi itu juga dilengkapi sistem perisian Lode Cardiac Rehab Manager yang mampu merekodkan data seperti elektrokardiogram (ECG), kadar degupan dan kelajuan jantung hingga 16 pesakit dalam satu-satu masa.
Selain itu, pusat berkenaan mempunyai pasukan perawat profesional terdiri pakar-pakar seperti kardiologi, fisioterapi, diet dan kesihatan mental yang dapat membantu penyembuhan secara fizikal mahupun emosi.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar