,
Berita

"Ijazah Ini Hadiah Untuk Arwah Ayah" - Anak Mr Os Kini Bergelar Doktor

Rozaimi Zubaidi
10/02/2019
05:58 MYT
Anak kepada pelakon dan pelawak Mr Os, Syafiqa Hayra berasa sedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya.
Menurut Syafiqa, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.
"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.
"Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.
"Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.
“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).
Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.
“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan. Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan penyakit yang dialami.
“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal. Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,” katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kubur ayah setiap kali balik bercuti.
Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

gempak
17/09/2024
14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.