,
Gaya Hidup

Ieha Energy, Tudung Riadah Unik Inspirasi Kerjaya Kedoktoran

Mya Amri
10/04/2017
06:00 MYT
Bagi mereka yang inginkan keselesaan ketika bekerja, beriadah mahupun bersukan, tudung unik Ieha Energy adalah pilihan yang sesuai.
Dua daripada tiga rekaan Ieha Energy iaitu Eccentric dan Unity mempunyai lubang kecil khas bagi kegunaan peralatan bunyi seperti earphone dan stetoskop.
Menurut Pengasas dan Pengarah syarikat Ieha Arshad Enterprise, Zalihar Arshad, koleksi berkenaan adalah rekaan ketiganya yang memfokuskan kepada golongan remaja hingga profesional.
“Saya mendapat idea untuk membuat rekaan tudung tersebut menerusi beberapa aktiviti marathon yang pernah saya sertai tidak lama dulu.
“Ternyata banyak aspek yang boleh mempengaruhi keselesaan wanita muslimah apalagi jika aktiviti itu mengeluarkan peluh. Jadi, rekaan ini saya keluarkan demi memenuhi kriteria keselesaan yang mereka idamkan.
“Selain itu, saya juga mendapat inspirasi menerusi kisah sahabat saya yang juga merupakan seorang doktor.
“Dia memberitahu agak sukar dan tidak selesa apabila terpaksa memasukkan alat stetoskop ke dalam tudungnya.
“Jadi daripada situ saya terfikir kenapa tidak membuat rekaan tudung untuk memudahkan mereka yang bekerja dalam bidang profesonal,” Katanya.
Dilancarkan di Minggu Fesyen Islamik Asia baru-baru ini, Ieha Arshad telah berkolaborasi bersama Nur
Aini Sirojudin untuk koleksi terbaru itu selain menampilkan ikon muslimah, Da’i Hamidah.
Ieha Energy yang terdiri daripada tiga rekaan berbeza iaitu Dash, Eccentric dan Unity ini mengekalkan ciri-ciri muslimah serta keselesaan kepada pemakai.
Keselesaan utama Ieha Energy terletak pada jenis material hijab yang menggunakan fabrik moss crepe.
Fabrik ini jenis mudah kering terutama apabila berpeluh dan lebih istimewa ia tidak menyerap bau peluh dan sejuk. Cara pemakaiannya juga mudah dengan hanya menyarungkan sahaja di kepala.
Rekaannya yang labuh dan menutup dada menjadi satu lagi kelebihan utamanya. Ieha Energy sangat menekankan kepada konsep muslimah dan semestinya menutup kebimbangan wanita yang sangat mementingkan penjagaan aurat.
Ieha Energy boleh didapati dengan dua pilihan saiz iaitu M (berukuran 15.5 inci dari bawah dagu dan 26 inci dari awning ke belakang) dan L (20 inci dari bawah dagu dan 29.5 inci dari awning ke belakang) manakala pilihan warnanya juga banyak iaitu 11 kesemuanya.
Sebagai melengkapkan lagi Ieha Energy, koleksi ini juga turut dikeluarkan dengan rangkaian pakaian yang dinamakan Energy Volt.
Energy Volt boleh didapati daripada baju hingga seluar, rekaan ini menggunakan fabrik mikrofiber yang ringan, sejuk, mudah menyerap peluh dan sangat selesa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.