,
Laman Utama

“Ibu Saya Tak Nazak, Berita Tular Itu Tak Benar” – Anak Norish Karman

Fiza Kamarudin
11/03/2021
00:15 MYT
Anak sulung kepada pelakon Norish Karman menafikan ibunya itu sedang nazak seperti yang didakwa seorang individu.
Individu tersebut pada petang semalam telah berkongsi hantaran di laman sosial Facebook Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa pelakon Sayang Salmah itu sedang nazak di Hospital Prince Court.
Muhammad Haqiem Amany, 22, berkata, ibunya berada dalam keadaan baik.
"Semuanya okay saja. Ibu saya juga okay. Dia hanya membuat pemeriksaan biasa. Apa yang ditularkan itu tidak benar.
“Kami berharap hentikan segala spekulasi negatif membabitkan ibu saya. Doa anda semua amat kami hargai," katanya.
Amany juga meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan perkara itu.
"Tolong jangan sensasikan berita ini. Ibu saya akan sedih nanti," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.