,
Laman Utama

“Ibu Saya Dah Lah Tengah Sakit…”- Didakwa Kantoi Buat ‘Projek’ Dalam Toilet, Ini Jawapan Fiza Halim

Gempak
13/06/2022
23:16 MYT
Nama pelakon Fiza Halim tiba-tiba kembali panas apabila timbul dakwaan kononnya dia telah menawarkan khidmat seks kepada lelaki tertentu, baru-baru ini.
Menganggap fitnah itu sebagai melampau, Fiza, 40, mengaku amat terkilan kerana wujud cerita tidak benar seperti itu yang dibimbangi akan menjejaskan reputasi dirinya.
“Sebenarnya, saya ini malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.
“Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.
“Ibu saya sudahlah tengah sakit sekarang ini. Dia baru saja disahkan menghidap penyakit kanser usus, dah peringkat tiga. Tiba-tiba datang pula masalah lain macam ini,” katanya.
Fiza berkata demikian bagi mengulas kewujudan sebuah akaun Instagram yang berkongsi pendedahan kononnya Fiza membuat maksiat dengan seorang pelanggannya dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka.
Menerusi perkongsian itu juga, terdapat paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk pengkhidmatan seks.
Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite ini menegaskan dia tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang boleh memalukan diri sendiri dan keluarga.
Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak kerana menyedari ramai orang iri hati melihat kebahagiannya.
“Boleh fikir sendiri, logik ke tak. Tak akanlah saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.
“Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali,sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, tak akanlah saya nak buat benda terkutuk itu.
“Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagian kita,”katanya.
Sumber: Utusan Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.