,
Laman Utama

Ibu Mentua Hafizul Kamal Meninggal Dunia, Ramai Sebak Baca Coretan Isteri – “Video Call, Bacaan Yasin…”

Mya Amri
11/11/2021
11:17 MYT
Isteri pelakon Hafizul Hafiz, Nurul Fariza Ibrahim memaklumkan ibu kesayangannya, Wan Kamariah bt Che Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 petang semalam.
Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja memaklumkan berita tersebut menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Coretan Mieja buat ibu tersayang benar-benar membuatkan netizen turut berasa sebak.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu yang saya sayangi yang telah meninggalkan kami semua pukul 3 petang 10 November 2021.
23 hari cik bertarung dengan COVID-19 di hospital. Dari hospital A ke hospital B dan dari wad biasa ke CCU untuk pesakit COVID.
“Sepanjang cik di hospital, kami satu keluarga dapat buat video call dengan cik, buat bacaan yasin sama-sama.
“Bila dapat tahu cik dah tak ada, adik sedih tapi adik tetap redha. Redha dengan ketentuan Dia. Adik diberikan rezeki terbesar dapat mandi, kafankan dan teman cik sepanjang perjalanan dalam van jenazah.
“Adik tak tahu dari mana datangnya kekuatan ni tapi setitik pun tak menangis bila adik tengok muka cik.
“Adik bersyukur dan happy tengok cik senyum. Muka cik suci bersih. Moga husnul khotimah cik. Moga syurga Firdaus buat cik,” coretnya.
Mieja juga berkongsi momen-momen manis bersama arwah ibu kesayangannya.
“Banyak kebaikan yang cik dah buat di dunia. Urusan pengembumian cik semalam sangat dipermudahkan.
“Cepat dan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ramai yang tolong untuk uruskan cik. Cik baik ramai orang sayang.
“Dulu selalu jugak mempersoal kenapa lah cik suka ambil tempahan makanan tapi cik suka letak harga murah murah, kadang-kadang rasa macam tak padan dengan usaha dan masa tapi cik cakap “biarlah cik sedekah selebihnya”.
“Dulu orang lain ambil upah tempahan baju kurung biasa RM40-50, cik ambil upah RM18-20 je. Selebihnya sedekah. Cik suka menjamu orang makan dengan masakan cik yang sangat sedap tu. Mulianya hati cik.
“Adik janji jadi anak yang solehah. Jaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pertuturan, jaga penglihatan.
“Adik jadi anak cik ayah yang baik kat dunia ni. Adik janji. Sayang cik. Adik akan sentiasa merindui suara cik dan gelak ketawa cik. Adik kuat cik. Cik jangan risau. Moga kita berjumpa lagi di syurga,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan takziah pada keluarga Mieja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.