,
Berita

Ibu Mangsa Insiden Pesawat SIA Terima Mesej ‘Kata-Kata Terakhir’ Anak - “Ia Sangat Menakutkan…”

Asyikin Mayudin
22/05/2024
04:25 MYT
Kesedihan menyelubungi seorang ibu apabila dia menerima mesej penuh emosi daripada anaknya yang juga salah seorang penumpang insiden pesawat Singapore Airlines (SIA) pada Selasa.

Mesej Daripada Mangsa

Menerusi laporan akhbar The Sun UK, Josh Baker yang dalam ketakutan sempat menghantar mesej kepada ibunya ketika pesawat Boeing tersebut terjunam 2,133 meter akibat pergolakan udara (turbulent) kuat.
“Saya bukan mahu menakutkan kamu, tetapi saya dalam penerbangan yang huru-hara. Pesawat sedang mendarat cemas… saya sayang kamu semua,” kata Josh.
Josh difahamkan dalam penerbangan ke Pulau Bali di Indonesia untuk bercuti sebelum menghantar ‘kata-kata terakhirnya’ kepada orang tersayang.

Penantian Yang Menyeksakan

Sementara itu, ibu kepada Josh iaitu Allison Barker menganggap penantian berjam-jam itu ‘menyeksakan’ selepas menerima mesej daripada anaknya pada pukul 9.10 pagi (waktu tempatan) semalam.
“Ia sangat menakutkan. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku,” kata Allison kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak tahu sama ada dia terselamat, ia sangat menyedihkan. Ia adalah dua jam paling lama dalam hidup saya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Allison melahirkan rasa syukur selepas dia akhirnya berjaya menghubungi anaknya yang memaklumkan dirinya dalam keadaan selamat.
Josh dilaporkan mengalami beberapa kecederaan ringan pada giginya.

BERITA TRENDING: Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Insiden Pesawat SIA - “Mereka Jatuh Daripada Tempat Duduk Sehingga Ada Yang Terangkat Sampai…

Dalam kejadian itu, seorang penumpang meninggal dunia dan puluhan yang lain cedera selepas penerbangan SIA dari London menuju ke Singapura mengalami pergolakan udara yang teruk semalam.
Sumber - The Sun UK
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyiasat Cipta Animasi Tunjukkan Keadaan Singapore Airlines Berdepan Insiden Gelora Udara

gempak
06/06/2024
18:55 MYT
Pada 21 Mei lalu, sebuah penerbangan Singapore Airlines dari London dilanda gelora udara yang menyebabkan seorang maut dan beberapa orang lagi cedera.
Viral

Ini 6 Kejadian Gelora Udara Yang Melibatkan Pesawat Singapore Airlines Sejak 2004

gempak
27/05/2024
02:55 MYT
Ini kejadian gelora udara lain yang pernah dialami oleh Singapore Airlines sejak 2004 hingga 2019
Berita

Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Insiden Pesawat SIA - “Mereka Jatuh Daripada Tempat Duduk Sehingga Ada Yang Terangkat Sampai Siling”

gempak
22/05/2024
02:00 MYT
16 rakyat Malaysia antara 211 penumpang dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ321 dari London ke Singapura yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok pada petang Selasa.
Berita

Seorang Maut Selepas Penerbangan Singapore Airlines Dari London Dilanda Gelora Udara

gempak
21/05/2024
11:43 MYT
Seorang maut dan beberapa orang lagi cedera dalam sebuah penerbangan Singapore Airlines dari London yang dilanda gelora udara.
Berita

Netizen Malaysia Puji Singapore Airlines Beri Bonus 8 Bulan Untuk Kakitangan - "Padu!"

gempak
17/05/2024
09:55 MYT
Baru-baru ini dikhabarkan bahawa kakitangan Singapore Airlines akan menerima ganjaran bonus bersamaan sekitar lapan bulan gaji, berikutan prestasi kewangannya yang cemerlang. Menurut sumber, bonus berjumlah 32 minggu yang bakal diterima itu adalah susulan daripada insentif perkongsian keuntungan, di mana ia mencerminkan pengiktirafan syarikat pener