,
Laman Utama

Ibu Kepada Pelajar 11A Meninggal Dunia… “Mak Dia Betul-Betul Tunggu Result Anak Dia”

Izwan Isa
11/06/2023
06:20 MYT
Ibu kepada pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang, Muhammad Shahril Saidi, 18, yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia pada Sabtu.
Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang terlantar akibat penyakit saraf sejak empat tahun lalu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.
BACA: Murahnya Hati! Iman Troye Offer RM300 Kepada Pelajar SPM 2022 - "Mahu Beri Motivasi Supaya...​"
Pengetua SMU Darul Iman, Noor Ruziana Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu daripada guru yang berada di rumah Muhammad Shahril.
"Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Pondok Moden pada jam 10 pagi Ahad," katanya.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Muhammad Shahril menganggap keputusan itu mungkin rezekinya yang mengutamakan ibunya dalam rutin harian.
Anak bongsu daripada enam beradik itu itu memberitahu, rutin paginya ialah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.
“Tiada apa yang mengubah rutin hidup saya walaupun ketika ibu sedang sakit kerana saya memang suka berada di rumah menemaninya.
“Selain itu, seorang kakak saya, Noor Syahida, 25, yang sentiasa menjaga ibu di rumah,” katanya.
Meninjau komen yang ditinggalkan di laman Instagram radio Era, ramai yang memberikan ucapan takziah.
“Allahuakbar. Mak dia betul-betul tunggu result anak dia. Sedihnya ya Allah.”
“Allahu dik. Sempat arwah mak awak tengok keputusan cemerlang awak. Al-Fatihah (dibaca) untuk arwah dan semoga adik tabah!”
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah dik. Tak ramai hero macam awak. Abang doakan awak berjaya dunia akhirat.”
BACA: Neelofa Imbas Kenangan Ambil Result SPM 15 Tahun Lepas - "Ketika Tu Semua Tak Pandang Straight A Tapi Berapa A1?"
Muhamad Shahril menjadikan Uwais Al-Qarni sebagai contoh turut berkongsi tip perkara paling utama untuk berjaya ialah memuliakan ibu bapa selain sentiasa berusaha menjadi individu terbaik.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani Sumber foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Meruntun Jiwa...Petugas Pengurusan Jenazah COVID-19 Urus Pengebumian Ibu Sendiri - "Hari Ini Serba Tak Kena Buat Aku"

gempak
10/08/2021
05:40 MYT
Selain berita pemergian penyanyi Siti Sarah semalam, kisah lelaki yang menggunakan nama @IamAjak di Twitter turut meruntun jiwa.
Berita

Ibu Nija Meninggal, Ayah Tak Sempat Jumpa Kerana... - "Ayah Nak Jaga Mak Tapi Tak Sangka Mak Pergi Secepat Ni"

gempak
16/11/2020
04:49 MYT
Al-Fatihah.
Hiburan

"Raya Pertama Mama Guna Seluruh Tenaga Untuk Pakai Baju Sedondon Dengan Ayah & Tinggalkan Nasihat Pada Kami" - Fazren Rafi

gempak
31/05/2020
05:35 MYT
Hiburan

Ibu Mertua Dato' Ziela Jalil Meninggal Dunia

gempak
29/03/2019
10:00 MYT