gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Halim & Kmy Kmo Tampil Dengan 'Layar Boneka', Lagu Sarat Emosi, Sindiran & Perjuangan Diri
HIBURAN
Niat Nak Shopping Di Tempat Aliff Syukri Tapi Penampilan Syanie Pula Jadi Perhatian Netizen - “Seriuslah Dah 51? Tak Nampak Langsung, Comelnya Awet Muda”
HIBURAN
Lisa Blackpink Buat Somtam, Reaksi Bila Rasa Masakan Sendiri Buat Peminat Terhibur - “Tak Adalah Nampak Teruk Sangat Kan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Ibu Hanis Zalikha Tayang Segepuk Duit Belanja Dari Anak, Netizen Tuduh Sengaja Nak Menunjuk!

Amri Hassan
Amri Hassan
16/04/2020
22:45 MYT
Sponsor Banner
Ibu Hanis Zalikha Tayang Segepuk Duit Belanja Dari Anak, Netizen Tuduh Sengaja Nak Menunjuk!
Niat ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam berkongsi duit belanja yang diberikan oleh anaknya itu di Instagram malangnya disalah ertikan oleh netizen.
Tulis Nani: "Rezeki dari Allah melalui anak-anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kathiran Hanis Zalikha setiap bulan bagi belanja buat mama.
"Semoga luas rezeki serta mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat."
Menganggap tindakan itu bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riyak, ada yang menyindir perkongsian itu dengan pelbagai cara.
Mak korang dah post ke belum? pic.twitter.com/tGAqACLTJ6
— dylawok (@dylawok) April 16, 2020
"Allahu. Kena tunjuk post duit, al-Quran dan tasbih ke? Complete dah kuota ni," tulis @kiddepax.
"Mak dia tak ada online banking ke? Anak kemain kaya, tapi mak dia masih simpan duit bawah bantal," sahut @FarrellFaiz.
Bagaimanapun, ada yang menyifatkan tindakan menularkan posting terbabit kerana perasaan dengki dan iri hati.
"Berdasarkan gambar di atas, terdapat seikat fulus yang agak banyak dan bernilai yang dipegang oleh tangan manusia, yang ternyata membuat rata-rata Twitterians menjadi tak senang duduk dan sakit hati melihatnya dek kerana cemburu disebabkan oleh nilai jumlah wang itu," tulis QoLire.
Malah, ada yang menganggap posting itu sebahagian daripada apresiasi Nani buat anaknya.
"Macam mana kalau mak dia tengah di fasa terharu seronok (atas sejadah) buat dia rasa nak share seperkara pasal Hanis.
"Kenapa kena ambil sudut negatif sebab kalau aku pandang dah baca un aku tak terfikir apa pun," tulis @caaawana.
Bagaimanapun, entri itu telah dipadamkan oleh Nani.
Foto: Jelita
Topic Berkaitan
#Hanis Zalikha
#Duit Belanja
#Nani Rostam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement