,
Laman Utama

Ibu, Dua Anak Ditemui Mati Dalam Bilik Ditutup Pita Pelekat

Gempak
08/09/2023
11:19 MYT
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan.
Beliau berkata Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kematian di lokasi itu.
Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Hussein berkata turut dijumpai ialah satu sampul berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.
Beliau berkata pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik di mana kesemua mayat ditemukan ditutup rapat dengan pita pelekat.
Hussien berkata pasukan forensik juga menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian dipercayai melebihi 24 jam.
"Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada," kata beliau.
Jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Rina, 37, berkata sebelum ini, keluarga itu kelihatan seperti tiada masalah dan tidak pernah mendengar atau melihat sebarang tanda wujud pergaduhan.
"Saya hanya menyedari kejadian itu apabila ingin keluar bekerja pagi tadi dan melihat ramai anggota polis serta unit forensik di lokasi kejadian namun tidak menyangka sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Terkejut jugalah bila dapat tahu daripada jiran mengenai kejadian ini. Saya tak sangka ia boleh berlaku sebab sebelum ini, keluarga mangsa nampak okey sahaja," katanya.
SUMBER: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.