,
Viral

Ibu Biar Anak Makan Sendiri Sejak Berusia 6 Bulan, Netizen Luah Rasa Kagum

Firdaus
22/03/2024
08:55 MYT
Sudah menjadi norma dalam kalangan ibu bapa untuk menyuapkan makanan kepada anak-anak yang masih lagi dalam lingkungan usia bayi.
Namun, lain orang, lain caranya. Menerusi satu video TikTok yang dikongsikan oleh seorang wanita bergelar ibu, dirinya mendedahkan bahawa anak perempuannya dididik untuk makan sendiri sejak berusia enam bulan.
“Ada orang cakap mommy pemalas sebab bagi anak makan sendiri, ada orang cakap Raisha makan macam saya. Orang kata kalau anak makan sendiri lambat, makan tak kenyang.
“Daripada Raisha enam bulan memang mommy tak suapkan Raisha kecuali Raisha tak sihat dan Raisha minta mommy suap. Alhamdulillah, sampai hari ini mommy tak menyesal ajar Raisha makan sendiri,” kongsinya.
@babyraieessa
Mommy Raisha prefer Raisha makan sendiri sebab mommy daddy Raisha jenis makan lama ? Sepinggan nasi mommy daddy makan 30-40mint. Bayangkan kalau makan gilir-gilir, mahu 3jam baru siap makan HAHAHA♬ Youth - ??????????? ?? Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata golongan ibu memuji wanita tersebut dalam mendidik anak serta berasa kagum dengan perkara yang ditunjukkan.
Antara komen yang diterima:
“Bagus lah didik anak makan sendiri, dah besar dia tau makan elok-elok tak bagi tumpah,”
“Makin besar makin kemas suapan ke mulut. Tiada bazir makanan, good job anak manis,”
“Suka tengok ibu-ibu buat macam ni. Tapi saya tak kuat. Lagi-lagi duduk dengan orang tua. Sangat susah,”
“Awak didik anak awak dengan baik.”
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 20,000 tanda suka dan hampir 800,000 tontonan di TikTok.
Sumber: TikTok

BERITA TRENDING: Lelaki ‘Acah’ Pelanggan Kantoi Curi Telefon Bertekak Dengan Orang Ramai Sebab Nak Lepaskan Diri

BERITA TRENDING: Pukul & Curang Dengan Isteri, Lelaki Ini Teruk Dihencap Netizen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar