,
Hiburan

Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

Maliah Surip
25/06/2024
01:55 MYT
Pasangan selebriti Indonesia Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah diketahui selamat menunaikan ibadat haji bersama lebih 1 juta umat Islam di seluruh dunia, baru-baru ini.
Seperti menjadi satu kebiasaan, setiap individu yang pulang mengerjakan rukun Islam kelima itu akan diberi gelaran Haji dan Hajah.
Gelaran atau panggilan tersebut bukan satu kewajipan apa lagi kesalahan apabila tidak digunakan.
Namun rupa-rupanya gelaran seperti Haji dan Hajah ini amat penting buat bapa Atta iaitu Anofial Asmid.

BERITA TRENDING: Atta Halilintar Sentiasa Beringat, Enggan Biar Diri Hanyut Dengan Populariti

Ibunya, Geni Faruk pula sempat mengingatkan selain Atta, salah seorang anak mereka iaitu Thariq juga sudah bergelar haji kerana pernah mengikuti mereka menunaikan ibadat tersebut.

Marah juruacara majlis tunang

Anofial malah sempat mengingatkan juru acara majlis pertunangan anaknya, Thariq dengan Aaliyah Massaid agar memanggil Atta dengan gelaran Haji.
Insiden tersebut berlaku sewaktu hos memperkenalkan Atta sebagai wakil keluarga Thariq untuk melamar Aaliyah.
“Untuk itu, yang kami hormati Bapak Atta Halilintar untuk dapat menyampaikan maksud dan tujuannya," kata hos pada majlis tersebut, lapor Viva.co.id.

Anofial kemudian dengan pantas memperbetulkan gelaran yang digunakan dengan menekankan penggunaan Haji. “Haji, Haji,” katanya sebelum diperbetulkan hos: “Maaf lupa, Haji Atta.”

BERITA TRENDING: Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

BERITA TRENDING: Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”

Selain Anofial mahu Atta dipanggil dengan gelaran haji, ibunya Geni pun tak mahu kalah.
Dia mendakwa Thariq juga sebagai haji kerana sudah pernah mengikut dia dan suami mengerjakan haji sewaktu usia dua bulan.
“Tadi sebut-sebut haji teringat Thariq juga sudah haji. Saya dan suami pernah bawa dia tunai haji sebaik habis pantang melahirkannya, usia dua bulan. Jadi dia juga sudah haji, Haji Thariq,” katanya.
Melihat sikap Anofial dan Geni, netizen meninggalkan komen negatif dan mengkritik ibu bapa Atta itu sebagai ‘gila gelaran’.
Malah ada yang mengingatkan Thariq tidak layak digelar haji kerana tidak menepati syarat wajib haji iaitu baliqh atau dewasa.

BERITA TRENDING: Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar