,
Berita

Ibu Bapa Alert! Ini Garis Panduan Baru Pemakaian Sekolah, Dua Hari Seragam, Dua Hari Baju Sukan

Awani
19/01/2024
06:25 MYT
Mulai sesi persekolahan 2024/2025, pelajar di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu.
Sementara dua hari lagi pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti.
"Bagi sesi 2024/2025 yang bermula Mac ini, setelah sesi libat urus dengan semua pihak, baik pihak industri, mereka yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya guru-guru, pentadbir dan wakil-wakil komuniti.
“Maka KPM memutuskan untuk pakaian seragam bagi 2024/2025 diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan di sini, pada Jumaat.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian kepada semua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Sebelum ini KPM memberi kelonggaran pemakaian baju sukan pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Hampir 70 Tahun Kelabu, Pakaian Seragam Pengakap Malaysia Kini Warna Emerald Sea! - "Lebih Segar, Segak, Macho!"

gempak
30/03/2024
12:42 MYT
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memperkenalkan pakaian seragam baharu yang lebih segar
Laman Utama

Garis Panduan Pil Antiviral COVID-19 Akan Ditetapkan WHO

gempak
13/11/2021
01:56 MYT
Semoga semua berjalan lancar
Hiburan

Bella Astillah Bengang Dipanggil Bod** Gara-Gara Pakai Seragam Pramugari, "Dulu Memang Saya Pernah Mohon Tapi ..."

gempak
08/11/2020
11:35 MYT
paling penting adalah lebih baik jika awak membersihkan hati.
Hiburan

Waris Jual Baju Sekolah Sekitar Negeri Sembilan

gempak
29/11/2016
09:00 MYT