gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Anak Dirogol Depan Mata: Ibu, Kekasih Ditahan Polis
BERITA
Kes Curi Dalam Pesawat Meningkat Di Asia, Malaysia Catat 146 Kes Dalam 10 Bulan
VIRAL
Ibu Arwah Nurly Sahirah Nasihat Jaga Adab Ketika Ziarah - “Kami Letak Tali Sebab Ada Yang Datang Ambil Tanah & Cium”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Ibu Arwah Nurly Sahirah Nasihat Jaga Adab Ketika Ziarah - “Kami Letak Tali Sebab Ada Yang Datang Ambil Tanah & Cium”

Gempak
Gempak
29/06/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Arwah Nurly Sahirah Nasihat Jaga Adab Ketika Ziarah - “Kami Letak Tali Sebab Ada Yang Datang Ambil Tanah & Cium”
Ibu kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lalu, meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya agar menjaga adab serta tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.

Elakkan perbuatan syirik serta khurafat

Kamariah Abdul Latif, 60, berkata, dalam usaha menghalang perkara itu, keluarganya kini terpaksa memasang tali penghadang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang, Kelantan.

“Kami letak tali itu sebab ada yang datang ambil tanah dan cium batu nisan. Saya nasihatkan orang ramai yang datang, jagalah adab ketika berada di kubur dan elakkan perbuatan syirik serta khurafat,” katanya.

Mohon jangan angkat Al-Quran tulisan tangan arwah

Kamariah berkata, selain itu, pihak keluarga turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengangkat atau mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Sahirah yang diletakkan di pekarangan rumah, bagi mengelakkan kerosakan.

“Saya jaga supaya tiada yang datang membelek helaiannya, selain ada juga yang datang dan mencium al-Quran ini. Saya bimbang tulisannya terjejas dan tertanggal. Ini sahaja kenangan yang saya ada,” ujarnya.

Terdahulu, orang ramai termasuk dari Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Kelantan tidak putus-putus menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah, meskipun hampir tiga minggu sudah berlalu sejak nahas ngeri berkenaan berlaku.
Allahyarham Nurly Sahirah merupakan antara 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan tersebut apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik, manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.
Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Kubur
#Adab
#Ziarah
#UPSI
#Nurly Sahirah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement