,
Laman Utama

"Ia Sentuh Isu LGBT" - Kerajaan Sahkan Filem Thor: Love And Thunder Tak Lepas Censorship

Gempak
11/08/2022
13:18 MYT
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
"Baru-baru ini ada satu filem yang censorship tak lepas, iaitu filem Thor yang baru.
"Maknanya ia (filem) menyentuh isu LGBT. Kita lihat sekarang ini ada banyak filem berunsur LGBT yang terlepas censorship," kata Zahidi semasa sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.
Beliau menjawab soalan senator Ahmad Yahaya yang bertanya mengenai pendirian kementerian itu dalam memantau kandungan program yang disiarkan di platform penstriman seperti Netflix.
Zahidi berkata pada masa ini semakin banyak filem yang mempromosikan LGBT secara halus.
Dalam masa sama, Zahidi mengimbas semula filem mengenai Alexander the Great yang ditontonnya semasa muda, di mana terdapat adegan Alexander dan pembantunya pulang dari suatu tempat dengan "muka letih, seolah-olah selepas membuat sesuatu" seperti mempromosikan LGBT.
"Sekarang banyak filem-filem di TV (ada unsur) LGBT.
"Jadi kalau ada terlepas censorship, kami minta masyarakat tolong kita kawal, kita ambil tindakan," katanya.
Bagaimanapun Zahidi berkata bukan mudah untuk mengambil tindakan, terutama bagi kandungan yang berasaskan dalam talian.
Zahidi memberi contoh pengguna akaun TikTok yang sebelum ini dikatakan mempromosikan LGBT.
"Sekarang kita ambil tindakan, dia dah lari ke luar negara dah. Itu promosi nombor satu tapi kita tak boleh tangkap lagi," katanya.
Katanya, kerajaan bersama-sama jabatan agama melakukan banyak usaha untuk membendung LGBT di negara ini.
Golden Screen Cinemas (GSC) Julai lalu mengesahkan filem baru Thor tidak akan ditayangkan di Malaysia.
Tidak jelas pada masa itu sama ada keputusan itu diambil atas sebab komersial atau tekanan daripada badan penapisan filem.
Filem terbaru Thor itu pada mulanya dijadualkan ditayangkan di negara ini pada 7 Julai, tetapi ini kemudian ditangguhkan sehingga 21 Julai, sebelum akhirnya ditangguhkan selama-lamanya.
Untuk rekod, filem berkenaan mengandungi adegan di mana Chris Hemsworth, yang memainkan watak Thor, dipaparkan dalam keadaan bogel dari belakang dengan bahagian belakangnya jelas kelihatan.
Ada juga babak ringkas memaparkan unsur LGBT dalam filem itu, yang merujuk bahawa watak Valkyrie, yang dimainkan oleh Tessa Thompson, adalah biseksual dan watak lain, Korg, adalah gay.
Sumber: MalaysiaKini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar