,
Laman Utama

"Ia Seksi & Sensual Tapi Tak Keterlaluan" - Airliftz Berkarya Dalam MV Princess Bubblegum

Amri Hassan
16/06/2023
11:57 MYT
Penyanyi rap, penulis dan penerbit, Airliftz kembali menunjukkan belang dalam penghasilan karya pop dengan single terbarunya bertajuk “Princess Bubblegum”.
Dari dunia Soundcloud ke pentas utama, Airliftz merupakan nama yang tidak asing lagi di persada muzik tanah air.
Mula dikenali sebagai bakat muda, Airliftz meneruskan perkembangannya dengan membuka tirai buat artis antarabangsa seperti Anderson Paak. dan Joji serta menempa nama di festival muzik di seluruh negara sebelum dilamar label arus perdana, RedRecords.
Berbekalkan pendengar dari seluruh Asia Tenggara, Jepun, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta kolaborasi seantero nusantara, Airliftz kembali menggegarkan carta dengan perspektif baru tentang cinta dan kerinduan menerusi lirik dan irama dalam karyanya yang terbaru ini.
Jemu dengan formula pop generasi masa kini, Airliftz membawakan campuran perisa dan pendekatan yang lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta menerusi treknya ini.
Dengan tajuk yang diinspirasikan oleh watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time”, lagu ini ditulis dalam dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) dan disaduri bunyian jazz, afrobeat dan R&B alternatif.
Bagi projek kali ini Airliftz bergabung tenaga bersama artis dan penerbit serba boleh, Shelhiel untuk merealisasikan dunia “Princess Bubblegum” dalam bentuk sebuah lagu yang juga menjadi bukti bakat yang bertunas di Asia Tenggara.
“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah untuk saya membuka diri dan bersahaja dalam berkarya.” kata Airliftz.
Muzik video yang menjadi komponen visual untuk karya ini akan dilancarkan pada 26 Mei dan bakal menyaksikan Airliftz menerokai bakatnya dalam tarian ‘ballroom’ bersama pasangan.
“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan.
“Saya inginkan pendengar untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan," tambahannya lagi.
"Princess Bubblegum" menandakan rilisan single keempatnya di bawah RedRecords setelah kejayaan "Not Today", "Honest" dan “Smile Strong”. Trek ini tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer, JOOX music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar