Hiburan
"Ia Bukan Fasal Toyol Sebagai Makhluk Ghaib Tapi ..." - Raja Azrey Arahkan Toyol Kuala Muda, Pelakon Dari Akademi Raja Azrey
Biarpun hanya berbekalkan kelas lakonan intensif selama tiga hari, pengarah dan pelakon Raja Azrey optimis dengan kualiti lakonan pendatang baharu yang dicungkil bakat daripada Akademi Raja Azrey.
BERITA TRENDING: Raja Azrey Sediakan Platform Eksklusif, Gilap Bakat Baharu Dalam Dunia Lakonan!
Jelas Raja Azrey, para pelakon yang membintangi telefilem Toyol Kuala Muda mengikuti kelas tiga hari dalam Program ARA Siri 1 yang berlangsung di Pulau Pinang dari 28 hingga 30 September lalu."Kelas berlangsung selama tiga hari dengan dua sesi utama. Sesi teori dari 8 pagi hingga 5 petang mengajar peserta tentang teknik asas seperti pemahaman ‘shot’, dialog, dan lakonan.
"Pada sebelah malam, mereka terus mempraktikkan pembelajaran melalui penggambaran. Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan penggambaran dalam masa yang ditetapkan,” katanya.
Raja Azrey ditemui pada malam pelancaran dan tontonan perdana Toyol Kuala Muda di mmCineplexes, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Raja Azrey Terkejut Iklan Raya Egois Arahannya Viral Di Media Sosial - "Tak Pernah Saya Sangka..."
Tambahnya, telefilem ini membawa genre komedi ringan, sesuai untuk pelakon baharu, dengan tema yang menyampaikan mesej moral kepada masyarakat.“Cerita ini bukan tentang toyol sebagai makhluk ghaib, tetapi lebih kepada sifat manusia agar tidak memandang rendah sesama sendiri. Saya berharap peserta Akademi Raja Azrey ini mendapat lebih banyak peluang di luar sana dengan pengalaman ini sebagai profil kerjaya mereka,” tambah Raja Azrey.
BERITA TRENDING: Dana RM1.5 Juta Untuk Akademi Raja Azrey! - "Peserta Dapat Teori & Praktikal Lakonan"
Jelasnya lagi, telefilem yang diterbitkan oleh Pondok Karya Kreatif Venture dan Akademi Raja Azrey merupakan simbol komitmen membangunkan industri seni tempatan yang inklusif dan kompetitif.Program ini memberikan pendedahan mendalam dalam aspek berikut:
Teknik Lakonan: Melatih kawalan emosi, suara, dan gerak tubuh.
Persiapan Set: Mempelajari etika berpakaian, disiplin masa, dan penghayatan watak.
Kerjasama di Set: Memahami proses di belakang tabir untuk kelancaran penggambaran.
Akademi Raja Azrey juga merancang inisiatif masa depan, termasuk kelas terbuka untuk masyarakat umum, projek komuniti seni, dan kerjasama dengan industri seni profesional.
Telefilem Toyol Kuala Muda akan mula ditayangkan kepada umum pada 10 Disember 2024, jam 9 malam di saluran YouTube Raja AzreyTv Channel.
Bagi yang berminat menyertai kelas lakonan, boleh layari Facebook Akademi Raja Azrey atau TikTok Raja Azrey untuk maklumat lanjut.
Must-Watch Video