Viral
"I Tak Buat Surgery Atau Suntik Muka, I Tahu Berdosa" - Sherry Ibrahim
Pelakon Sherry Ibrahim punyai pendirian sendiri berhubung isu pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah.
Tegas Sherry, dia tidak pernah dan tidak akan melakukan sebarang pembedahan mahupun suntikan pada wajahnya.
"Pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan adalah haram dan ditegah dalam Islam kerana ianya merubah ciptaan Allah.
"Assalamualaikum and the answer is NO untuk pertanyaan dan komen yang I terima dari some of you.
"I tak buat apa-apa surgery atau suntik on my part of my face.
"I tahu berdosa kalau dengan sengajanya buat perubahan yang Allah dah jadikan, even all my teeth are real.
"I'm blessed and grateful for what I have. Campuran papa dan mama I. I hope this statement is clear," tulisnya panjang lebar menerusi entri terbaharu di Instagram.
Kenyataan itu sekali gus menjawab persoalan netizen yang selama ini menganggap Sherry pernah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Malah, ada antara peminat Sherry yang menyokong kenyataan pelakon itu dan menyifatkan perubahan wajah disebabkan faktor kematangan usia.
Must-Watch Video