gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada ‘Makcik’ Tak Kenal Fasha Sandha, Siap Nak Kenenkan Dengan Cucu - “Sampai Ke Sudah Tak…”
BERITA
Jepun, AS Keluar Amaran Tsunami Selepas Gempa Bumi 8.7 Magnitud Gegar Rusia
VIRAL
"Wallahi, Saya Tak Nampak Jalan" - PU Abu Letak Jawatan Mutawif Selepas Jemaah Umrah Kandas Di Jeddah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“I Don’t Want Daddy, I Don’t Love Daddy Anymore” - Netizen Syak Fatima Merajuk Dengan Fattah Amin

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
27/01/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
“I Don’t Want Daddy, I Don’t Love Daddy Anymore” - Netizen Syak Fatima Merajuk Dengan Fattah Amin
Tular di TikTok video memperlihatkan anak perempuan kepada pelakon Nur Fazura iaitu Fatima yang mengatakan dia tidak lagi menyayangi bapanya iaitu aktor Fattah Amin.

Luahan Fatima

Luahan itu dibuat ketika Fazura membuat siaran langsung (live) di TikTok dan rakaman itu dimuat naik semula netizen.

“I don’t want daddy (saya tak nak daddy), I don’t love love daddy anymore (saya dah tak sayang daddy),” kata Fatima.

Bagaimanapun Fazura terus memberi teguran dan nasihat kepada Fatima agar tidak berkata sedemikian kepada bapa kandungnya sendiri.
“Kenapa awak tak mahu daddy? Tak boleh cakap macam itu. Awak selalu sayang daddy kan?” kata Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Konten TikTok Bersama, Netizen Terpesona Lihat Kejelitaan Ibu Fattah Amin – “Tak Nampak Macam...”

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Benar Kata Saya Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak" - Fattah Amin

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Kongsi Foto Bersama Puteri Kesayangan - “Fatima, Jangan Bersedih Meski Daddy…”

Rata-rata netizen turut sebak dengar luahan Fatima yang dianggap kemungkinan merajuk dengan Fattah.
“Ntah la, sebab anak aku waktu gaduh dengan aku pun dia cakap macam itu. I hate mama, i dont love mama. Lepas itu tiba-tiba nak melekat kat ketiak aku waktu nak tidur atau nak apa-apa.
“Mungkin dia tengah merajuk dengan bapa dia. Mungkin bapa dia dah janji nak jumpa ke apa tapi tak dapat sebab kerja. Jadi dia merajuk la lepas cakap macam itu,” komen netizen.
Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Gempak, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, menafikan dakwaan dia sudah lama tidak bertemu anak perempuannya, Fatima.
Fattah sebaliknya tidak pernah menggunakan alasan sibuk bagi mengelak meluangkan masa bersama anaknya.
Malah aktor berkenaan memberitahu atas persetujuannya bersama bekas isteri, dia dibenarkan bertemu dan bermalam dengan Fatima mengikut jadual ditetapkan.
Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.

@syuhadaalis semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank 🥹 sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah ♬ original sound - SYUHADA ALIS

Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fazura
#Fatima
#Luahan Fatima
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement