,
Hiburan

"I Ada Shooting. Mana I Punya iPad?" - Gurauan Shuib & Siti Sarah Nak Kahwin Online Memang Kelakar

Badrul Hashim
29/04/2020
11:45 MYT
Keluarga bahagia bukan sahaja mampu menjaga dan menghormati antara satu sama lain, tetapi juga hidup bergurau senda antara suami dan isteri.
Seronok melihat penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan suaminya pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain.
Dalam satu entri di Instagram milik Siti Sarah, dia berkongsi satu video pendek yang sangat melucukan apabila Shuib bersiap memakai baju melayu lengkap bersampin.
"You nak pergi mana sayang? Kenapa pakai baju melayu apa segala. You ada shooting apa?" tanya Sarah dalam video tersebut.
"Ya, I ada shooting. Eh, mana I punya iPad? Handphone pun okay. Eh kenapa you nak ikut?" gurau Shuib.
Lagak Shuib yang seolah-olah ingin berkahwin secara online sungguh menghiburkan dengan gelak ketawa kedua-dua mereka.
"Lepas terawih tiba-tiba pakai baju melayu. Butang baju aku mana pah? Sekarang zaman on line jangan main gile @shuibsepahtu," seloroh Siti Sarah.
Siti Sarah mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Hiburan

Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”

gempak
09/04/2024
01:55 MYT
Shuib paling suka kuah kacang dan rendang.