BERITA
Hutang PTPTN Pelajar UPSI Maut Kemalangan Dilupuskan
Tiga belas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Gerik, Isnin lalu dapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jurucakap kerajaan perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan bahawa, selaras dengan dasar sedia ada, pinjaman PTPTN bagi mereka yang terjejas telah dibatalkan.
"Bagi pelajar yang penerima pinjaman PTPTN, hutang tersebut telah dilupuskan selaras dengan dasar semasa.
"Oleh itu, tiada isu mengenai pinjaman PTPTN bagi mangsa yang disebutkan," katanya pada sidang media hari ini
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Isnin lalu, bas yang membawa 42 pelajar UPSI itu sedang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus utama universiti itu apabila bertembung dengan Perodua Alza di Kilometer 53 Lebuhraya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Gerik menyebabkan 15 penuntut meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video