,
Laman Utama

Huru Hara Bila Nabil Ahmad, Amelia Henderson, Altimet Masuk Dapur Dengan Cef Terkenal!

Syafiqah Jalal
18/02/2023
09:33 MYT
rogram realiti masakan santai, Star Vs Food Malaysia kembali untuk musim kedua (Star Vs Food Malaysia 2) apabila ia akan mula ditayangkan pada 19 Februari di TV menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO.
Star Vs Food Malaysia 2 akan menampilkan lebih ramai gandingan selebriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional: Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan; Prof. Dato’ Cef Zam adan Ning Baizura; Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson; Altimet dan Cef Thevi; Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila; Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie; serta Cef Edwin Chan dan Diana Danielle, yang akan melapisi 7 episod.
Gandingan ini akan menyediakan pelbagai hidangan baharu dalam setiap episod termasuk makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi, sambil mengembara merentasi bandar-bandar di seluruh negara.
Naib Presiden, Perniagaan Antarabangsa, Astro, Sharmin Parameswaran, berkata susulan kejayaan musim pertama, teruja untuk mempersembahkan musim baharu Star Vs Food Malaysia dengan pendekatan terkini.
“Penonton boleh menjangka untuk melihat lebih banyak huru-hara dan keseronokan daripada barisan cef dan selebriti ternama di dapur. Sebagai tambahan, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama menerbitkan kandungan bersama Warner Bros. Discovery, di samping mengembangkan senarai format kandungan tempatan kepada penonton di Malaysia,” katanya.
Musim pertama Star Vs Food Malaysia merupakan pemenang anugerah ‘Grand Final’ untuk kategori ‘Best Adaptation of an Existing Format’ di Asian Academy Creative Awards (AACA). Program realiti masakan ini adalah berdasarkan format asal Warner Bros. Discovery, ‘Star Vs Food’, yang menyaksikan kejayaannya di India.
Dalam musim pertama Star Vs Food Malaysia, peminat menikmati konsep program masakan unik di mana selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef dengan cara yang mudah dan menarik termasuk satu daripada episod yang paling banyak ditonton, di mana Cef Fazley Yaakob membawa kehangatan memasak bersama pelakon Hisham Hamid dengan penyediaan hidangan lazat Malaysia iaitu Daging Salai Lemak Masak Cili Api, Sambal Hijau dan Jagung Bakar Macaron.
Tayangan perdana episod-episod baharu Star Vs Food Malaysia 2, pada 12 tengah hari, setiap Ahad di PRIMEtime (Saluran 704) dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 7.30 malam. Para pelanggan juga boleh strim Star Vs Food Malaysia 2 di On Demand dan Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

'Kebetulan Saja Duduk Bersebelahan, Takkan Bercinta Pula?' - Amelia Henderson

gempak
11/09/2024
09:10 MYT
Pelakon, Amelia Henderson menjelaskan hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid hanya sekadar kawan.
Hiburan

Cantik! Peminat Puji Amelia Henderson Macam ‘Anak Patung’ -  “The Real Miss Universe”

gempak
08/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Viral

Tengah Seronok Camping, Sekumpulan Individu Terkejut Tiba-Tiba…

gempak
08/09/2024
02:57 MYT
Keseronokan berkelah sekumpulan individu bertukar tragedi apabila dapur mudah alih yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
Hiburan

Paralimpik Olimpik 2024: Nabil, Azad & Radin Taja Percutian Khas Cheah Liek Hou Sempena Kemenangan Pingat Emas

gempak
04/09/2024
08:10 MYT
Penyampai 3 Pagi Era, Nabil, Azad dan Radin berbesar hati menaja percutian khas selama tiga hari dua malam kepada pemenang pingat emas Paralimpik Olimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou selepas berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia.
Hiburan

Nabil Ahmad Teruja Jadi Anggota APMM Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 67 di Putrajaya

gempak
30/08/2024
09:55 MYT
Penyampai 3 Pagi ERA Nabil Ahmad akui teruja dan tidak menyangka dapat sertai perbarisan hari kebangsaan bersama APMM.