,
Laman Utama

Hun Haqeem Tak Kisah Digelar Oppa Malaysia, Tapi Teringin Nak Jadi Lelaki Melayu Terakhir; “Ala-Ala Abang…”

Shahrin Zulkifle
29/11/2022
06:00 MYT

Pelakon kacak Hun Haqeem menerima dengan terbuka gelaran “Oppa” Malaysia yang diberikan oleh peminatnya.

Biarpun gelaran tersebut merupakan satu pujian, Hun, 24, menjelaskan dalam fikiranya sama sekali tidak pernah menganggap dirinya ialah “Oppa” sebenar.

“Panggilan Oppa Malaysia untuk saya sebenarnya tak pernah betul-betul letak dalam diri. Saya nampak juga ada orang yang komen begitu dekat Instagram saya. Tapi tak pernah iya kan statement tersebut.

“Dalam fikiran saya tak pernah mengaku saya Oppa versi Malaysia. Orang puji saya seronok dan terima je. Tapi saya nak jadi lelaki Melayu terakhir, nak jadi ala-ala abang Remy.

“Apa-apa pun Oppa adalah panggilan yang nice juga untuk saya, terima kasih kepada sesiapa yang kata begitu, saya tetap hargai mereka,”katanya kepada Gempak.

Hun berkata demikian ketika ditemui dalam acara Viu Upfront yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, ruangan komen di Instagram milik aktor tersebut dihujani pujian oleh wargamaya dengan menggelar dirinya “Oppa” selepas memuat naik gambar mengenakan T-shirt putih yang berlatar belakang sawah padi.

Sementara itu, ditanya mengenai jenis fesyen yang sering digayakan, pelakon drama Angkara Cinta itu mengakui lebih selesa dengan penampilan yang simple.

Pun begitu, tidak salah baginya untuk mencuba sesuatu yang berlainan.

“Berkenaan dengan fesyen saya rasa sebagai selebriti kena cuma dan explore macam-macam.

“Secara peribadi saya sejenis yang simple sahaja, lagi simple saya lagi suka dan selesa. Asalkan sopan.

“Cumanya tengok pada keadaan juga, kalau saya ada sesi photoshoot atau hadir majlis-majlis anugerah mesti lah kena extra sikit dan tampil dengan gaya yang dicadangkan oleh stylist saya.

“Kalau orang rasa tak cantik mungkin pada dia sahaja, sebab benda itu subjektif. Saya tetap terima pandangan semua orang dengan terbuka,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.