,
Viral

“Hukum Melakukan Lathi Challenge Haram & Berdosa” – Mufti Wilayah Persekutuan

Fiza Kamarudin
19/06/2020
02:18 MYT
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya berhenti menularkan video dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran (challenges) di media sosial yang berbentuk pemujaan dan ritual demi menjaga akidah.
Dr Luqman berkata, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.
“Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian ia tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut.
“Challenge ini merupakan cabaran di mana pelaku akan mengenakan pakaian ala-ala tradisional nusantara (Jawa) dengan menari mengikut alunan lagu, lalu tiba-tiba menukar wajah dan pakaian mereka menyerupai hantu yang mengerikan.
“Lathi diambil daripada bahasa Jawa Kuno yang membawa maksud lidah. Ia menjadi judul bagi sebuah lagu single yang dinyanyi Weird Genius yang berduet bersama Sara Fajira.
"Di dalam music video offical, terdapat elemen joget dan tarian yang berunsur ritual mistik.
“Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus.
[[BACA: “Hanya Nasihat, Tak Pernah Tuduh Budaya…” - Lathi Challenge, Da’i Wan Mohon Maaf Pada Orang Jawa]]
“Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian dan lirik lagu yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu.
"Lathi Challenge ini termasuk dalam tasyabbuh yang dilarang di dalam hadith. Oleh itu, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa,” katanya.
Menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah juga, Dr Luqman menegaskan bahawa tindakan menularkan cabaran-cabaran (challenges) seperti ini tidak patut dilakukan, apatalagi ia melibat perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mufti WP Jawab Kenapa 1 Syawal Jatuh Pada 2 Mei 2022

gempak
02/05/2022
00:47 MYT
Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekali gus menyebabkan 1 Syawal diisytiharkan pada 2 Mei 2022.
Highlights

Masih Menanti Zuriat – Pesan Mufti Datuk Zulkifli; “Banyakkan SEDEKAH, Solat, Moga Doa Dimakbulkan.

gempak
06/02/2020
01:44 MYT
“Duhai anak, turunlah dikau dari syurga itu ke dalam pelukan ibu” – Namun, ujian Tuhan. Adakala Dia memegang lama doa kita itu, dan dilepaskan pada saat yang betul-betul tepat. Adakala pula, Dia simpan terus ke syurga nanti.
Hiburan

"Filem Polis Evo 2 Tidak Mengandungi Sebarang Mesej Penghinaan Kepada Islam" - Mufti Wilayah Persekutuan

gempak
19/11/2018
16:30 MYT
Berita

Main Mercun Sempena Aidilfitri Memang Seronok Tapi Tahukah Anda Apa Hukumnya?

gempak
17/06/2018
11:00 MYT
Berita

Meninggal Dunia Ketika Ramadan Masuk Syurga, Betul Ke?

gempak
08/06/2018
14:39 MYT