,
Hiburan

Hujan Batu Di Canberra, Nurfatimah Kongsi Foto Di Facebook

Fiza Kamarudin
21/01/2020
13:43 MYT
Penyanyi dan bekas finalis Gegar Vaganza 2019, Nurfatima telah berkongsi beberapa keping foto Canberra, Australia selepas dibadai hujan batu.
Selain foto, Nurfatima turut berkongsi sepotong video ketika hujan batu di kawasan luar kediamannya, semalam (Isnin).
ABC melaporkan hujan batu sebesar bola golf dan angin kencang sehingga kelajuan mencecah 116 kilometer sejam telah melanda kawasan Canberra.
Nurfatima juga mendapat komen positif daripada rakan-rakan artis di ruangan komen yang rata-ratanya mendoakan keselamatan dia dan keluarga di sana.
Sementara itu dalam laporan Sinar Harian menyebut, ribut dan hujan batu membadai beberapa kawasan di New South Wales (NSW) mengakibatkan banyak kerosakan fizikal terhadap kemudahan berlaku selain puluhan kereta rosak dan banjir.
Lebih daripada 1,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik dilaporkan di Florey, Griffith, Deakin dan Kambah termasuk kawasan pinggir bandar di seluruh wilayah.
Pihak berkuasa Australia telah menerima lebih daripada 1,200 penduduk yang meminta bantuan ekoran terdapat masyarakat mengalami kecederaan akibat ribut tersebut.
Kawasan yang paling banyak menghubungi talian kecemasan termasuklah Belconnen.
Sebuah helikopter juga membuat tinjauan udara bagi memastikan jumlah kerosakan dialami penduduk selain melaporkan kawasan mana terjejas.
Di laman sosial, tular beberapa rakaman klip video dan gambar memaparkan kejadian tersebut hingga mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Netizen menyifatkan kejadian itu paling buruk selepas kebakaran melanda Australia baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Canberra 0 Kes COVID-19, Tak Perlu Pakai Pelitup Muka" - Dayah Bakar

gempak
04/02/2021
08:26 MYT
Tapi tetap kena ikut SOP!
Hiburan

"Salji Kat Padang Rumah Kita" - Shiera Kaget Tengok Hujan Batu, Tenangkan Anak Ini Bukan Hari Kiamat

gempak
29/10/2020
23:51 MYT
Anak Shiera tanya ini petanda hari kiamat?
Hiburan

Kebakaran Hutan Di Canberra, Nurfatima Dalam Keadaan Baik

gempak
06/01/2020
22:23 MYT
Gegar Vaganza 6

"Bukan Sebab Masalah Kesihatan Tapi ..." - Nurfatima Rancang Timang Anak Selepas Habis GV2019

gempak
03/01/2020
09:54 MYT
Gegar Vaganza 6

"Ini Muka Saya, Tak Buat Apa-Apa Pun" - Nurfatima

gempak
10/12/2019
23:01 MYT