,
Laman Utama

Hubungan Saudara Peter Quill & Mantis? Ada Kemunculan Bintang Hollywood? Jom Semak 5 Fakta Menarik Tentang Filem Guardians Of The Galaxy Holiday Special

Gempak
10/12/2022
01:45 MYT

Filem Guardians of the Galaxy Holiday Special telah ditayangkan secara rasmi pada 24 November 2022 melalui Disney+ Hotstar Malaysia.

Sama seperti sekuel yang lain, ia masih membariskan pelakon yang sama iaitu Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Karen Gillan, dan Pom Klementieff.
Walaupun secara rasminya filem Black Panther: Wakanda Forever adalah penutup MCU fasa ke-4, namun filem pendek bersempena hari Natal ini akan menjadi penutup sebenar dan sekaligus kandungan MCU terakhir bagi tahun 2022 di Disney+.
Filem ini mengisahkan penceritaan yang cukup ringkas, iaitu ahli pasukan GotG yang cuba menggembirakan hati Peter Quill/Star Lord dengan membawa suasana Hari Krismas ke angkasa lepas.
Jadi, mereka ditugaskan untuk membuat kejutan apabila Drax the Destroyer lakonan Dave Bautista bersama Mantis lakonan Pom Klementieff yang mengambil keputusan untuk pergi ke bumi bagi mencari hadiah yang tidak akan dilupakan oleh Peter Quill.
Hadiah yang dimaksudkan adalah seorang pelakon terkenal iaitu Kevin Bacon. Bagi yang tidak tahu, Peter Quill adalah seorang manusia yang dibawa ke angkasa lepas dan dibesarkan oleh Yondu iaitu sekitar tahun 80-an dan amat meminati filem Footloose lakonan Kevin Bacon.
Gempak turut berpeluang menyaksikan filem pendek berdurasi 44 minit ini, jadi jom kami kongsikan kepada anda fakta menarik tentang Guardians of the Galaxy Holiday Special.

#1. Kemunculan Kevin Bacon

Dalam film Guardians of the Galaxy Holiday Special ini, penonton akan dikejutkan dengan penampilan istimewa aktor hollywood, Kevin Bacon.

#2. Terinspirasi dari Star Wars Holiday Special

Difahamkan, Guardians of the Galaxy Holiday Special rupanya di inspirasikan daripada filem Star Wars Holiday Special yang ditayangkan pada tahun 1978.

#3. Makna sebenar Krismas

Filem ini secara langsung telah mengajar kita untuk sentiasa berbuat dan memberikan kebahagian kepada orang lain sama seperti makna sebenar Hari Natal itu sendiri iaitu ‘bring joy to others’

#4. Jalan cerita yang lucu

Saat Drax dan Mantis turun ke bumi untuk mencari Kevin Bacon banyak momen lucu terjadi. Salah satu daripadanya apabila mereka berusaha menangkap Kevin yang tidak mahu mengikutnya ke angkasa. Adegan kejar mengejar antara mereka ternyata membuat siapa sahaja yang menonton akan terhibur dan tidak kering gusi.

#5. Peter dan Mantis adik beradik?

Penonton bakal tidak menyangka bahawa filem pendek ini bakal memberikan kejutan kepada mereka di mana pada bahagian hujung filem ini satu pendedahan yang mengejutkan telah ditunjukan.

Pendedahan tersebut adalah yang sebenarnya Mantis merupakan adik kandung kepada Peter. Disebabkan itulah pada awal cerita, Mantis begitu bersungguh untuk menggembirakan Peter.
Fakta mereka berdua adalah adik beradik sekaligus menjadi klimaks kepada Guardians of the Galaxy Holiday Special.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Vin Diesel Dituduh Cabul & Lakukan Onani, Wanita Dakwa Seluar Dalam Dilondehkan

gempak
22/12/2023
03:30 MYT
Bintang terkenal Vin Diesel nampaknya bakal menutup tahun 2023 dengan mimpi ngeri
Laman Utama

Putera William Adalah Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023, Vin Diesel Nombor Dua

gempak
18/11/2023
14:55 MYT
Putera William dinamakan sebagai lelaki botak terseksi dunia untuk tahun 2023.
Laman Utama

Wow! Bakal Ditayangkan Di Astro First, Ini 9 Fakta Menarik Fasal Filem Fast X

gempak
31/07/2023
15:55 MYT
Bestnya boleh tengok di Astro First!
Laman Utama

Anak Mendiang Paul Walker Muncul Dalam Fast X, Percaya Ayah Kagum Dengannya

gempak
22/05/2023
11:50 MYT
Francais filem The Fast and the Furious memasuki penerbitan yang ke-10.
Laman Utama

Perpisahan Yang 'Manis', Siapa Yang Mati Dalam Guardians Of The Galaxy Vol 3?

gempak
04/05/2023
06:49 MYT
Jom layan Guardians of the Galaxy Vol 3 sekarang!