,
Laman Utama

Hubungan Mesra Dengan Azira Shafinaz Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad

Zulaikha Yusof
19/04/2021
03:20 MYT
Hubungan di antara aktor Sharnaaz Ahmad, 36, dengan pelakon Azira Shafinaz, 30, kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet.
Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memutuskan untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai gosip itu.
"No komen," katanya menerusi kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, usaha untuk mendapat penjelasan daripada pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan pula gagal apabila dia itu tidak membalas mesej yang dihantar.
Pelakon filem Polis Evo 3 ini didakwa sudah mempunyai pengganti selepas memuat naik foto memeluk bahu anggota kumpulan De Fam di Instagram Stories, baru-baru ini.
Anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon filem Penunggang Agama yang disertakan emoji 'kiss' kerana memberikan hadiah pelitup muka.
Sebelum ini, Azira antara selebriti yang turut sama menyertai misi bantuan banjir 6.0 yang diketuai Sharnaaz dan Mamu Legacy.
Sharnaaz juga dilihat pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September 2020.
Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.
Azira pula sebelum ini mengakui sudah sembilan tahun bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Hiburan

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Beri Impak Besar, De Fam Tak Terfikir Tukar Lirik - “Kita Tak Ada La Nak Menambah Baik…”

gempak
22/08/2024
13:55 MYT
Kumpulan De Fam yang dianggotai oleh Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana memberitahu mereka tidak pernah terfikir untuk menukar lirik lagu Alamak Raya Lagi biarpun karya itu mendapat impak yang besar.