gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Miera Liyana Sambut 5 Tahun Perkahwinan Dengan Suami, Terima Kad Romantis ‘How Rosland Stole My Heart’
VIRAL
"Dia Halau, Siap Rakam Video Abah, Tak Ada Adab" - PU Azhar Hilmi Terkilan Wanita Usir Bapa Sedang Beriktikaf Dari Surau
HIBURAN
“Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hubungan Macam Adik-Beradik, 4U2C Tak Pernah Bergaduh & Bermasam Muka - “Bukan Masalah Kami Sewaktu Berpecah…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
28/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Hubungan Macam Adik-Beradik, 4U2C Tak Pernah Bergaduh & Bermasam Muka - “Bukan Masalah Kami Sewaktu Berpecah…”
Sepanjang tiga dekad bersama, pengacara Datuk AC Mizal memberitahu dia dan ahli kumpulannya iaitu 4U2C tidak pernah berdepan konflik atau pergaduhan.

Konflik dalam pengurusan

Bagaimanapun menurut AC Mizal yang juga ketua kumpulan, mereka sebelum ini berpecah disebabkan terdapat konflik dalam pengurusan.

"Bukan masalah kami sewaktu berpecah. Tak ada langsung konflik sebenarnya. 'Gaduh' memang kena ada 'gaduh'.

“Tapi, kami anggap kami semua dah macam adik-beradik. Waktu baru-baru muncul dulu pun, kami tak sangka 4U2C akan jadi satu nama besar," katanya kepada Gempak.

Haluan masing-masing

Seorang lagi anggota 4U2C iaitu Azam berkata, ketika membuat keputusan untuk berpecah, mereka ingin membawa haluan masing-masing.

“Semua nak ikut haluan sendiri dan ada hala tuju sendiri," katanya.

Selain AC dan Azam, 4U2C yang turut dianggotai Aren, Yanz, Rinz, Lanz dan Charlie ditemui di sidang media pengumuman WE 4U2C Live in Concert.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Bakal Jadi Kenyataan, Konsert ‘We 4U2C’ Bakal Menggamit Memori Indah 90an - “Kami Bukan Nak Cipta Sejarah Baharu…”

Konsert yang akan mengimbau kenangan era 90-an itu akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan.
Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah.
Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite).
Tiket tersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform Ticket Empire dan Fantopia.
Malah selain pembayaran melalui perbankan dalam talian, peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’, menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss , manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok.
Manakala untuk perkembangan bagi kumpulan 4U2C boleh lawati media sosial kumpulan ini di Instagram dan TikTok.
Topic Berkaitan
#AC Mizal
#4U2C
#Konsert We 4U2C
#Kumpulan 4U2C
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement