,
Hiburan

How Not To Lose Your Job...Bersaing di Tempat Kerja, Perlu Atau Tidak?

Fiza Kamarudin
30/06/2020
12:34 MYT
Setiap individu pasti mahukan yang terbaik dalam kehidupan mereka termasuklah pencapaian terbaik di tempat kerja.
Masing-masing akan mencuba yang terbaik untuk bersinar dan menyerlah kerana mahu mendapatkan kenaikan pangkat atau gaji.
Tidak salah bersaing tetapi yang terbaik adalah persaingan sihat dan saling membantu untuk memajukan diri sendiri tanpa mencuba untuk merampas ‘spotlight’ orang lain atau ‘tikam belakang’.
Perkara buruk akan berlaku sekiranya wujud persaingan tidak sihat seperti ‘stress melampau’, tidak percaya kepada orang lain, hasad dengki, berdendam maka timbullah konflik di tempat kerja!
Contohnya dalam sitkom komedi How Not To Lose Your Job episode kelima, A.M Fansuri cuba bertaruh dengan Miss JJ bahawa dia lebih hebat jadi Editor In Chief syarikat.
Alamak! Di saat syarikat sedang bergelut dengan tekanan masa inilah A.M Fansuri tiba-tiba nak bersaing dan tunjuk hebat! Situasi agak mencabar buat Miss JJ kerana dia telah diarahkan oleh Bos untuk meningkatkan jumlah pembaca portal mereka, Bawang Inc!
Dalam pada duk pening memikirkan tentang portal, rakan sekerja sendiri pula mencabar dirinya!
Yang sebenarnya persaingan sihat adalah apabila rakan-rakan sekerja selalu memberikan semangat di antara satu dengan yang lain! Bukan macam A.M Fansuri yang asyik memikirkan tentang diri dia sahaja sehingga lupa tentang ‘team work’!
Sanggup buat overtime sampai lewat sampai akhirnya diri sendiri yang ‘stress’ semata-mata nak kejar nama dan kenaikan pangkat pun satu usaha yang sia-sia, tapi tak tahulah kalau korang rasa itu berbaloi?
Persaingan yang sihat adalah jika korang selesa untuk meminta tolong orang lain untuk improve! Jangan was-was berkongsi ilmu dan jangan malu untuk belajar kalau nak majukan diri sendiri. Nak buat apa kedekut ilmu? Sebab kalau kita berkongsi dengan orang lain, mereka juga tidak lokek berkongsi dengan kita…Betul tak?
Luangkan masa lebih 12 jam di pejabat tapi sorang colleagues pun tak kenal! Kalau ini berlaku maknanya korang memang seorang yang pentingkan diri sendiri dan mementingkan persaingan secara individu. Sejenis tak mempedulikan hal orang lain dah hanya fokus pada kerja saja pun tak boleh juga ya!
[EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 5 - Siapa Lebih Hebat?
Agaknya yang mana satu ciri di atas yang mewakili teman-teman sepejabat Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal)?
Mampukah mereka mengembalikan kepercayaan Boss (Che Kem) dan mempertahankan periuk nasi mereka? Usaha A.M Fansuri nak ‘caras’ Miss JJ berjaya atau tidak?
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam ini di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.