,
Hiburan

How Not To Lose Your Job? Bos Tak Pernah Bagi Penghargaan, Chill Je Macam Miss JJ!

Fiza Kamarudin
03/07/2020
12:32 MYT
Isu ini adalah biasa dalam mana-mana industri. Mana-mana pekerja pun memang mengharapkan penghargaan daripada ketua mereka.
Baik mengaku cepat! Mestilah kan? Selepas bertungkus lumus menyiapkan projek syarikat setidak-tidaknya nak juga dengan Boss cakap “good job”!
Tapi selalunya apa yang berlaku ialah, boss-boss ni selalunya ada dalam dunia sendiri. Dalam erti kata lain sibuk memikirkan tentang masalah pejabat yang tidak pernah surut.
Jadinya mereka berasakan yang mereka tiada masa untuk memikirkan perkara lain selain daripada tugas yang sedang disiapkan! Chill! Sebagai pekerja yang baik kita seharusnya memikirkan faktor lain atau tanggungan yang sedang difikirkan ketua.
Contohnya macam Miss JJ dalam sitkom komedi How Not To Lose Your Job! Dia selalu positif dan mencari jalan keluar setiap kali ideanya dipertikai Boss.
Walaupun Miss JJ dah cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk menaikkan jumlah pembaca portal mereka Bawang Inc, Boss akan cari juga kelemahan dia.
Tapi apa yang Miss JJ lakukan ialah, dia memberi kata-kata semangat kepada ‘anak-anak’ buahnya supaya teruskan usaha dan positif!
Baguskan Miss JJ! Bekerja tidak boleh mengharapkan pujian semata-mata. Percayalah! Kalau kita gigih dan usaha lebih sikit, manisnya pasti dapat di kemudian hari. [EPISOD PENUH] How Not To Lose Your Job - EPISOD 5 - Siapa Lebih Hebat?
Agaknya mampu atau tidak Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng) dan Julian (Charles Robert) dan Amu Ratnam (lakonan Sukania Venugopal) bertahan dengan Boss (Che Kem)?
Mampukah mereka mempertahankan periuk nasi mereka dan menaikkan jumlah pembaca Bawang Inc untuk meyakinkan Boss supaya tidak menutup syarikat?
Jangan lupa saksikan sitkom mencuit hati ini yang ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9.30 di laman web Gempak dan di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

gempak
23/08/2024
04:55 MYT
Selama 19 tahun bergelumang sebagai pengarah filem, karya hasil Afdlin Shauki pasti memberikan hiburan kepada para penonton.
Viral

Ikut Trend Meme Terkini, Netizen Puji Admin RapidKL

gempak
22/03/2024
12:25 MYT
Konten-konten menarik serta lucu sering kali menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Dengan kreativiti serta penggunaan bahan-bahan lucu yang dikongsi ke media sosial mengikut peredaran masa, bukan sahaja individu, tetapi syarikat-syarikat ternama mampu menaikkan ‘brand’ serta memberi kesedaran terhadap orang ramai. Tidak mahu terlepas ‘
Viral

“Sebenarnya Saya Pengsan Sebab…” – Namie Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pengsan Di Atas Pentas Ubi Superstar Live

gempak
02/02/2024
11:48 MYT
Ini yang berlaku pada Namie sebenarnya.
Laman Utama

Individu Kongsi Gambar Pisang Goreng Halus Buat Netizen Terhibur - “Lah Ingatkan Ikan Bilis”

gempak
29/11/2023
07:55 MYT
Pisang goreng apa besar jari kelingking
Laman Utama

Hina Agama: Wanita Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran Mengaku Bersalah, Didenda RM8,000

gempak
17/04/2023
09:25 MYT
Siti Nuramira mengaku bersalah.