,
Berita

“Horor Paling Berat & Skrip Yang Kompleks”- Sara Ali Bangga Terlibat Dengan Sembilan

Syafiqah Jalal
11/12/2019
04:24 MYT
Pelakon Sara Ali akui bangga kerana diberi peluang untuk berlakon dalam drama bersiri eksklusif Astro GO, Sembilan.
Menurut Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Binti Hairi Ali, 29, Sembilan sebuah naskah seram yang paling berat dan kompleks.
BACA: Pamer Kualiti Bertaraf Antarabangsa, Sembilan Tampilkan Gabungan Bintang Hebat Malaysia & Indonesia
”Sembilan satu projek yang saya terlibat pada tahun lepas. Kolaborasi antara pemain Indonesia dan Malaysia. What a privilege to be working with Pak @salmanaristo iaitu penulis skrip untuk cerita ini.
“Sembilan ni mungkin horror yang paling berat dan, tak pernah lagi saya baca script sebegini kompleks sepanjang saya berkarya di dalam industri.
“Walaupun watak saya memang sedikit, saya bersyukur kerana diberi peluang dari sutradara @razaisyam untuk bersama di dalam projek ini.
“Akhirnya sembilan akan menemui anda pada 6th disember 2019. Download @astrogo.my because #sembilan is special,” tulisnya.
Sara berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video trailer kepada drama bersiri itu.

Sembil9n. Satu projek yang saya terlibat pada tahun lepas. Kolaborasi antara pemain ?? & ??. What a privilege to be working with Pak @salmanaristo iaitu penulis skrip untuk cerita ini. Sembil9n ni mungkin horror yang paling berat dan, tak pernah lagi saya baca script sebegini kompleks sepanjang saya berkarya di dalam industri. Walaupun watak saya memang sedikit, saya bersyukur kerana diberi peluang dari sutradara @razaisyam utk bersama di dalam projek ini. Akhirnya sembil9n akan menemui anda pada 6th disember 2019. Download @astrogo.my because #sembil9n is special... . Pemain : @atiqahhasiholan @bima.azriel @beto_kusyairy @amerul_affendi @endith_bubi @haydarsalishz @azhan_rani @aloyparadoks @luqmanhafidzx @amirnafis @taqim.zaki @fedlyegi dan ramai lagi.

A post shared by Sara Ali?? (@therealsaraali) on

Selain Sara, nama-nama hebat pelakon Malaysia yang membintangi Sembilan adalah Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani dan Luqman Hafidz, sementara bintang Indonesia yang terlibat adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten.
Sembilan yang bergenre seram thriller ini mempunyai 10 episod dan setiap satunya berdurasi satu jam.
Drama ini boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO secara percuma mulai 6 Disember ini.
Sembilan mengisahkan tentang watak seorang pelacur bernama Rimbun (lakonan Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah.
Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (lakonan Bima Azriel). Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung kepada Taduh dan mengabaikannya.
Pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya.
Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu.
Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia 9 tahun sama seperti sewaktu kehilangannya dahulu.
Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.