ANTARABANGSA
Honda CR-V Facelift Tambahan Ciri Baharu Yang Lebih Menarik, Harga Bermula RM139,912
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasmi Kenderaan Utiliti Sport (SUV), CR-V versi dipertingkatkan selepas membuka tempahannya pada awal bulan lalu.
Dalam tempoh sebulan, sebanyak 600 unit CR-V sudah ditempah bagi model yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu. CR-V dipertingkatkan atau facelift, menampilkan beberapa pembaharuan membabitkan gril hitam baharu dengan lampu utama LED Honda Signature.

Ciri yang paling terkini, CR-V menerima ciri kemudahan baharu iaitu Hands-free Power Tailgate yang membolehkan anda membuka dan menutup pintu but dengan pengesan kaki di bawah bampar.

Sebagai tambahan, SUV itu kini dilengkapi ciri Kawalan Penghidup Enjin yang membolehkan pengguna menghidupkan enjin dengan menekan butang kawalan tanpa membuka kunci pintu dan membuka penyaman udara sebelum memasuki kenderaan. Ia juga mempunyai ciri baharu iaitu Kawalan Menutup Cermin Pintu yang mana ia boleh diturunkan dengan menggunakan kunci pintar.

Bagi versi 1.5L TC-P, ia turut ditawarkan dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) dan semua roda (4WD). Varian 1.5L TC-P 4WD adalah versi tertinggi dalam keluarga CR-V. Bagi varian 4WD, ia akan masih mendapat ciri Intelligent Control System yang mengagihkan tork optima pada roda belakang untuk cengkaman dan kawalan lebih baik.
Untuk memberi pilihan kepada penggunanya, CR-V facelift juga ditawarkan dengan satu varian yang menggunakan enjin 2.0 liter iaitu 2.0L 2WD.

- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Low-Speed Follow (LSF)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Auto High-Beam (AHB)
Tambahan itu, CR-V facelift turut dilengkapi ciri baharu iaitu Peringatan Pemakaian Tali Pinggang Belakang. Ia melengkapi ciri keselamatan sedia ada membabitkan Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Amaran Brek Kecemasan (ESS), Sistem Anti-kunci Brek (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek dan banyak lagi.

Ini harga CR-V facelift dengan pengecualian cukai jualan mengikut varian:
- Honda CR-V 1.5L TC-P 4WD - RM162,910.18
- Honda CR-V 1.5L TC-P 2WD - RM157,615.91
- Honda CR-V 2.0L 2WD - RM139,912.53
Ini pula harga CR-V facelift dengan cukai jualan mengikut varian:
- Honda CR-V 1.5L TC-P 4WD - RM169,900
- Honda CR-V 1.5L TC-P 2WD - RM164,300
- Honda CR-V 2.0L 2WD - RM145,400
Must-Watch Video