,
Laman Utama

#HisteriaTheSeries: Episod 4 Semakin Mendebarkan, Plot Twist Bakal Bongkar Misteri Filem Histeria 2008

Azwa Rahman
30/06/2022
08:45 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Memasuki minggu keempat, Alia berjumpa Prof. Zainal lakonan Tony Eusoff untuk mendapatkan info bunjut yang ditanam Pak Azman.
Vanida beri amaran kepada Cikgu Rayyan supaya jangan permainkan dia. Dalam pada itu juga, tiba-tiba dia telah dirasuk.
Rupa-rupanya, ada beberapa ‘plot twist’ akan terbongkar tidak lama lagi yang menjadi punca kepada semua kejadian malang berlaku.
Di laman sosial Twitter, ramai tidak menyangka drama bersiri ini mempunyai perkaitan yang akan merungkai misteri di dalam filem Histeria pada tahun 2008. “Power juga twists #HisteriaTheSeries episode 4 ni,” tulis seorang wargamaya.
“Best jugak cerita #HisteriaTheSeries sebab ada connection dengan filem tahun 2008,” kata seorang wargamaya.
“Morning!!! Siapa tgk histeria? Makin debor kan! Dia more to untuk merungkai ending movie yg 2008 tu dulu... Yang Farah tu mcm hanya penambah rasa... Agree?” komen seorang wargamaya.
“Cerita ni punya vibes ala ala cerita gantung randy pangalila duluu. Best!! Korang pun kena layan juga #HisteriaTheSeries ni,” ujar seorang wargamaya.
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam yang bermula pada 6 Jun lalu. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Hiburan

"Waktu Main Scrabble Dengan Isteri, Saya Bertanya ..." - Afdlin Shauki

gempak
04/06/2024
20:17 MYT
Seimbangkan kerjaya dan kehidupan antara topik utama yang diangkat dalam naskhah Papadom, dalam versi filem dan terbaharunya; novel.
Hiburan

“Satu Hari Nanti Awak Pun Akan Berkedut” - Zain Saidin Mohon Jaga Adab, Jangan Kritik Rupa Orang Tanpa Solekan

gempak
02/02/2024
05:55 MYT
Zain mohon jaga adab.
Hiburan

“Ini Baru Betul Bibik” - Rakam Video Tanpa Mekap, Liyana Jasmay Dibuli Netizen Bermulut Celupar!

gempak
30/01/2024
02:55 MYT
Jahatnya mulut...
Laman Utama

Netizen Tak Buat ‘Homework’, Nak Serang Orang Lain Tapi Terserang Liyana Jasmay

gempak
20/10/2023
01:50 MYT
Macam-macam perangai netizen