,
Laman Utama

"Hish! Tak Ada Penyakit Cari Penyakit!" - Netizen Berbalah Wanita Ini Santuni Anak-Anak HIV & AIDS, Apa Masalahnya?

Amri Hassan
21/05/2022
00:26 MYT
Sepotong video pendek yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Shasa Aziz di media sosialnya menarik perhatian warganet.
Dalam video berkenaan, Shasa difahamkan telah melawat ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV / AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) untuk menyantuni anak-anak dijangkiti HIV dan Aids.
Bagaimanapun, tindakan wanita terbabit menimbulkan stigma kurang senang bagi segelintir netizen.
"Hish you ni, tak ada penyakit cari penyakit banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak-budak HIV semua bagai ni memang undang naya," komen seorang netizen. Memandang serius atas isu terbabit, beberapa pegawai kesihatan yang aktif di Twitter turut memberikan reaksi terhadap tweet terbabit untuk melawan stigma masyarakat.
"Pasangan HIV boleh berkahwin, mengandung dan mempunyai anak. Yang penting perlu ada pre-pregnancy counseling by the doctor yang merawat dahulu. Doktor kena pastikan viral load pesakit terkawal. Apapun berbincanglah dengan doktor yang merawat," tulis Dr. Khairul Hafidz di Twitternya.
I ada terangkan dalam thread ini. https://t.co/BtK2jIEDDQ— Nimelesh (@HausofHilton) May 18, 2022 Shasa terkejut
Sementara itu, menjengah ke Instagram, Sasha sendiri terkejut apabila kunjungannya ke PERNIM mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
"I don’t normally share this but, I feel like I need to. Sha tak expect video yang Sha posted a few days ago menarik perhatian some Instagram users.
"Ramai yang terkejut tindakan Sha memegang adik Siti yang postive AIDS. First of all, my intention was to bersedekah, selain nak hadiahkan Gift Box @olaolihq Travel Kit sekali gus meraikan Ramadan dengan anak-anak anugerah ni. Tak expect boleh bersua rapat.
"Just to share, Sha dah buat body check, I’m fine sihat and no open wounds (luka terbuka) for precaution. So kita taklah datang bawak gloves sebab hakikatnya HIV or AIDS cannot be transmitted via touching unless ada open wound.
"Maka demi untuk betul-betul capai objective and intention kita, Sha tak pakai gloves, lagipun ia untuk menjaga hati anak-anak ni," tulisnya yang menegaskan HIV atau AIDS tidak mudah untuk berjangkit kepada orang lain.
Puji PERNIM
Shasa yang merupakan seorang doktor pakar audiologi dan juga usahawan Ola Oli yang memasarkan SuperOla, suplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kanak-kanak turut memuji usaha pengasas PERNIM, Datin Norlina Alawi yang mengorbankan masa dan tenaga menjaga anak-anak ini.
"Buat pertama kalinya menjejakkan kaki di PERNIM dan pengasasnya, Datin Norlina Alawi seorang figura yang berjiwa besar.
"So lepas launch Ola & Oli hari tu, Sha selalu fikir mana lagi nak buat CSR ni kan, selalu asyik anak yatim je so this time, Sha try pula cari anak-anak HIV. Something different cause SuperOla is all about immune system right! Jadi macam kenalah dengan anak-anak HIV / AIDS ni yang sememangnya memerlukan makanan tambahan untuk increase imunisasi badan mereka.
"Macam dalam video ni, I sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti (dapat izin to share).
"Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dapat virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.
"Sebak sangat bila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak & constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram Shasa, wanita ini meraih pujian netizen kerana membantu anak-anak HIV dan AIDS serta menghentikan stigma buruk terhadap penghidap penyakit tersebut.
"Proud of you, some people need to be educate more about HIV/AIDS disease plus precaution.
"Spread the awareness. Just touch them. Hug them. Kiss them. The real killer is stigma. The disease is easily managed in this day and age and it does not transmit with touch.
"Good you raise the awareness. AIDS ni ramai sangat ada stigma sampai pegang pun masih rasa boleh berjangkit," demikian tulis beberapa pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar