,
Hiburan

Hirup Kopi Dalam Rumah Kaca Tepi Pantai… Nyaman!

Azwa Rahman
03/07/2020
08:40 MYT
Sebuah kafe Starbucks yang terletak di Teluk Cempedak, Kuantan tular baru-baru kerana kecantikan dan kedudukannya yang terletak betul-betul menghadap pantai.
Menerusi laman sosial Instagram, seorang pengguna @iamsyieddy berkongsi foto kafe itu yang menjadi tumpuan pengunjung.
“Bertemakan glass house, betul-betul mengadap laut, gempak kan?” tulis pengguna itu menerusi satu kicauan.
Terletak betul-betul di Pusat Rekreasi Teluk Cempedak, konsep rumah kaca yang digunakan sangat menarik perhatian penggemar kopi dengan panorama biru air laut mengasyikkan.
Bertemakan glass house. Betul-betul mengadap laut. Gempaq kan ?? pic.twitter.com/CtvyAAnpX5— Syieddy (@Iamsyieddy) July 2, 2020 Malah, Starbucks ini menjadi pilihan ramai anak muda untuk berfoto dan memgambil OOTD (outfit of the day) untuk dimuat naik di laman sosial masing-masing.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai yang berkongsi foto berada di Starbucks berkenaan dan mengakui keindahan kafe tersebut.
“Saya bangga jadi org kuantan. Wkakaka,” tulis seorang wargamaya.
“Inilah Starbucks pertama yang aku jejak. Itu pun sebab shooting video assignment. BTW design kedai ni sumpah cantik,” komen seorang wargamaya.
“Teluk Cempedak tunggu kejap ya raya haji kita jumpa,” kata seorang wargamaya.
“Baru aku tahu gambar nampak cantik sangat bila orang luar tengok, tapi hakikatnya biasa-biasa sahaja kalau untuk yang dah biasa duduk kuantan,” luah seorang wargamaya.
“Time tak ramai cantik laa gambar. Tapi selalunya ramai,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah mendapar hampir 6,000 ulang kicau dan 12,000 daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

BFood, Pengendali Starbucks Malaysia Catat Rugi Bersih RM29.76 Juta

gempak
24/05/2024
06:55 MYT
Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Berita

Starbucks Indonesia Akhirnya Bersuara, Nafi Beri Sokongan Kewangan Pada Israel

gempak
25/02/2024
08:55 MYT
Selepas beberapa bulan berdepan dengan tsunami boikot global, Starbucks Indonesia akhirnya memberikan kenyataan rasmi
Gegar Vaganza 9

"Jangan Hanya Bersedia Vokal, Perlu Tahu Juga Media Sosial" - Fazley Yaakob Nasihat Bintang GV9

gempak
21/09/2022
13:50 MYT
Datuk Fazley Yaakob menasihati peserta GV9 agar mengambil tahu dunia media sosial selain persediaan vokal semata-mata.
Laman Utama

“Kek Paling Tak Sedap, F*** Fazley” – Individu Komen Biadap, Ini Jawapan Balas Datuk Fazley! Epik

gempak
31/05/2021
02:24 MYT
Bahasa tu janganlah biadap... Kalau tegur elok-elok tak boleh ke?
Hiburan

[FOTO] Bertemakan Vintage & Retro, Cawangan Terbaru Restoran A&W Ini Sangat Insta-worthy!

gempak
21/07/2020
10:10 MYT