,
Berita

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih Seru Kerajaan Tegakkan Keadilan Untuk Guru, Pelajar Yang Ditahan

Awani
18/06/2024
21:34 MYT
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Kerajaan Perpaduan menegakkan hak asasi terhadap seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang dipercayai ditahan semasa himpunan #KamiMahuAir Jumaat lalu.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata, kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan persepsi bahawa intimidasi terhadap para aktivis berlaku 'seperti biasa' di bawah Kerajaan Madani seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan terdahulu.
Jelas jawatankuasa itu lagi, sembilan individu terbabit ditahan agak jauh dari tapak perhimpunan ketika sedang beredar dan pihak polis telah menggunakan Akta Imigresen bagi menahan mereka.
"Bersih ingin menyatakan tiada sebab untuk pihak polis menangkap guru dan pelajar Sekolah Alternatif yang berada di dalam himpunan tersebut kerana mereka bukan penganjur utama bagi himpunan tersebut.
"Sekiranya pihak polis ingin menyiasat, seharusnya mereka mengikuti Akta Perhimpunan Aman 2012 yang meletakkan tanggungjawab pada penganjur utama untuk disiasat secara profesional dan bukan menggunakan instrumen undang-undang yang lain bagi tujuan intimidasi yang membentuk naratif yang negatif terhadap himpunan tersebut, sekali gus menjadikan guru dan pelajar-pelajar Sekolah Alternatif sebagai mangsa keadaan," katanya dalam kenyataan tersebut.
Jawatankuasa Pemandu Bersih menambah pihaknya juga dimaklumkan bahawa polis memohon lanjutan reman kepada guru terbabit tanpa memaklumkan kepada peguam yang mewakilinya.
Ujarnya, tindakan itu secara jelas melanggar hak guru terbabit di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tatacara Jenayah bahawa orang yang disiasat mempunyai hak untuk diwakili oleh peguam dan diadili dengan adil dan saksama.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pemandu Bersih turut menyatakan solidariti kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai himpunan #KamiMahuAir di hadapan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Memetik laporan media, koordinator sekretariat perhimpunan itu, Mohd Norhamdin Nordin mendakwa sembilan yang ditahan polis adalah berstatus penduduk tanpa negara atau 'stateless'.
Sumber - Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.