,
Laman Utama

Hilangnya Sifat Kemanusiaan, 7 Beradik Terkurung & Dibiarkan Kebuluran? Ada Yang Autism Pula Tu!

Hanafis Haris
09/06/2021
11:37 MYT
Sungguh menyedihkan apabila ada yang sanggup membiarkan tujuh beradik ini terkurung kebuluran di sebuah flat daif di negeri di utara Brazil.

Kanak-kanak berusia antara tiga hingga tujuh tahun itu ditinggalkan dalam jagaan saudara mereka berusia 13 tahun.

Akibatnya, ada yang kelaparan, sakit serta tidak diurus.

Menerusi laporan Daily Mirror, kanak-kanak itu ditemui pada 4 Jun lalu apabila polis mendapati mereka terkunci di sebuah flat dalam keadaan kelaparan dan kotor.

Tempat tinggal mereka tiada bekalan air bersih, minuman, makanan, dapur mahupun peti sejuk di dalamnya.

Malah, mereka juga dikesan mengalami selesema dan menunjukkan gejala anemia dan cedera pada badan.

Paling menyedihkan, seorang daripada kanak-kanak itu mengalami sindrom autism.

Menurut laporan itu lagi, kesemua kanak-kanak tersebut adalah anak kepada dua kakak kepada remaja berusia 13 tahun berkenaan.

Susulan itu, Jabatan Perlindungan Kanak-Kanak kini sedang berusaha menghubungi wanita terbabit bagi mengambil anak mereka semula selain turut menjejaki bapa serta datuk dan nenek mereka.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

gempak
20/08/2024
15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.
Berita

Saksi Nampak Pesawat Berlegar-Legar Di Ruang Udara Sebelum Terhempas, Nahas Di Brazil Ragut 61 Nyawa

gempak
10/08/2024
10:25 MYT
Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Berita

Askar Hilang 19 Hari Ditemui Selamat, Lemah Akibat Kelaparan Dan Dehidrasi

gempak
06/07/2024
07:35 MYT
Anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang 18 Jun lalu, pada Sabtu.
Viral

Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!

gempak
27/04/2024
13:42 MYT
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.