,
Berita

Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

Gempak
12/08/2024
04:52 MYT
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Kronologi kes

Berikut antara perkara yang perlu diketahui berhubung kejadian tersebut setakat ini: 26 Disember 2023
– Cikgu Istiqomah dikatakan telah menghilangkan diri daripada keluarga dan tidak pulang ke rumah, manakala telefon bimbit beliau juga gagal dihubungi.
27 Disember 2023
– Pihak keluarga membuat laporan polis berkaitan kehilanhan Cikgu Istiqomah dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan mengenai laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada pukul 12.36 tengah malam.
– Kereta dipandu Cikgu Istiqomah ditemui di parkir sebuah pasar raya dekat Kota Masai, Johor Bahru berhampiran rumahnya.
– Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu, sebaliknya kelibat Cikgu Istiqomah tidak kelihatan.
31 Disember 2023
– Suasana di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang dekat Alor Gajah, Melaka gempar dengan penemuan mayat seorang wanita berbogel tanpa kepala, kaki dan tangan yang dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang sekitar pukul 2 petang.
– Lokasi penemuan mayat adalah di tepi jalan raya dan terletak kira-kira 100 meter daripada sebuah rumah kosong.
6 Januari 2024
– Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya percaya kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki si mati telah dipotong. Anggota badan yang hilang bagaimanapun tidak ditemui di kawasan tersebut.
2 Ogos 2024
– Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ibu kepada Cikgu Istiqomah diambil oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
12 Ogos 2024
– Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, pada 31 Disember tahun lalu adalah milik Cikgu Istiqomah.
– Hasil siasatan ujian DNA ibu mangsa adalah sepadan.
– Susulan itu, polis menahan sepasang suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.
BERITA TRENDING: Mayat Tanpa Kepala Sah Milik Cikgu Istiqomah
BERITA TRENDING: Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang Ditahan
BERITA TRENDING: Dikatakan Gambar Lucah Tersebar, Ini Cara Terbaharu Scammer Umpan Mangsa Untuk Kaut Data Peribadi
BERITA TRENDING: Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!
– Kedua-dua mereka telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
– Terbaharu, suspek lelaki yang juga bekas kekasih Cikgu Istiqomah disambung reman selama tujuh hari bermula esok selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee hari ini.
– ⁠Suspek dan mangsa berkenalan ketika menuntut du sebuah institusi pendidikan yang sama.
– Polis percaya suspek dan mangsa berhubung bagi membincangkan pelaburan forex.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.