,
Hiburan

Hidap Kanser Usus Sejak Empat Tahun Lalu, Pelakon 'Black Panther' Chadwick Boseman Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
29/08/2020
03:15 MYT
Pelakon terkenal Chadwick Boseman, 43, dilapor meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.
Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon 'Black Panther' itu, Nicki Fioravante. Boseman, 43, pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.
Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.
"Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.
"Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.
"Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi," menurut kenyataan itu lagi.
Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T'Challa dalam filem Black Panther.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.