,
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

Gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.

Kesihatan Merosot 5 Hari Sebelum Wukuf

Isteri Allahyarham, Noraini Mat Sari, 60, berkata hasrat tersebut disuarakan suaminya kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei lepas bagi mengerjakan haji.

BERITA TRENDING:Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

"Suami saya disahkan menghidap kanser pada Februari lepas tetapi berada dalam keadaan sihat ketika berangkat ke Tanah Suci sekali gus membolehkannya untuk menunaikan ibadah haji.
"Bagaimanapun, lima hari sebelum wukuf keadaan kesihatan suami saya merosot dan dia dirawat di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) Syisyah di Mekah," katanya.

​BERITA TRENDING:Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia Dipecat Selepas Kematian 49 Jemaah Haji

Abd Wahab meninggal dunia pada 4.38 petang (waktu Arab Saudi) iaitu dua hari sebelum dijadualkan berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas 49 hari berada di negara itu.
Menurut Noraini suaminya hanya mampu melakukan Safari Wukuf kerana tahap kesihatan yang tidak mengizinkan ekoran paras oksigen berada di bawah 50 peratus.

​BERITA TRENDING:Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

"Saya meminta bantuan daripada petugas TH untuk meletakkan saya sebilik bersama suami bagi menguruskan keperluan serta memantau tahap kesihatannya," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.
Menurutnya sewaktu di Mekah dia juga tidak berhenti berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar menghilangkan sel kanser yang dihadapi suaminya.

"Namun, saya reda dengan ketentuan Ilahi (pemergian arwah suami) kerana tidak sanggup melihat arwah menanggung kesakitan. Saya juga bersyukur kerana jenazah suami telah disolatkan di hadapan jutaan jemaah haji dari seluruh dunia di Masjidil Haram.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas TH kerana membantu menguruskan proses pengebumian arwah suami di Tanah Perkuburan Sharaya di Mekah," katanya.
Terdahulu, Pemangku Pengarah TH Kelantan Mohamad Rosli Mustapai ketika menyampaikan sumbangan khairat kematian berkata kematian Abd Wahab merupakan yang kedua melibatkan jemaah dari Kelantan selepas seorang jemaah wanita berusia 54 dari Kota Bharu meninggal dunia pada 19 Jun lepas.

​BERITA TRENDING:Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

Beliau berkata terdapat 2,400 jemaah dari Kelantan pada tahun ini yang melibatkan 13 penerbangan dan lima penerbangan telah selamat sampai ke tanah air, manakala penerbangan terakhir dijangka pada 2 Julai ini.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.