,
Laman Utama

Hidap Bipolar, Marshanda Hilang Di Los Angeles & Ditemukan Di…

Maliah Surip
28/06/2022
01:25 MYT
Dunia hiburan Indonesia kini heboh dengan khabar kehilangan salah seorang bintang mereka, Marshanda.
Bukan hilang di tanah air sendiri, Marshanda sebaliknya didakwa telah hilang selama dua hari selepas tiba di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Khabar tersebut diumumkan oleh rakan Marshanda, Sheila Salsabila, melalui akaun media sosial pada Isnin sebelum ia menarik perhatian ramai.
"Warga Indonesia hilang di Los Angeles, California, AS. Dia tengah berada dalam Manic Episode (Psikosis: Keadaan pikiran yang berubah-ubah - gangguan bipolar)," tulis Sheila dalam salah satu Instagram Story,” lapor CNNIndonesia.
Marshanda memang diketahui menghidap gangguan jiwa Bipolar dan baru baru ini mengaku berhadapan masalah kesihatan apabila didignos memiliki tumor payudara.
Tak hanya itu, Sheila juga memohon bantuan Presiden Jokowi dan Joe Biden dalam usaha mencari Marshanda.
Mohon bantuannya Pak @jokowi, kemarin dia sebut nama Bapak dan presiden @joebiden," lanjut Sheila.
Sheila kemudian memuat naik video terakhir bersama Marshanda yang dirakam satu hari sebelum sang artis dikhabarkan hilang.
Dalam video tersebut, Marshanda tengah bersama Sheila dan seseorang bernama David di sebuah kenderaan.
"Ini video terakhir kami. Ada yang faham Caca (Marshanda) cakap apa? 'Time is dying?'" tulisnya.
Namun selepas heboh pemberitaan tersebut dilaporkan pelbagai platform media tempatan, Sheila baru memberi khabar terkini tentang Marshanda.
Dia mengatakan Marshanda telah ditemukan setelah hilang selama dua hari.
“Marshanda sudah ditemui. Tapi dia ditemui di kawasan yang sangat berbahaya dan terkenal dengan aktiviti dadah, rompakan, orang gelandangan serta pelacuran.
“Tapi dia dalam keadaan baik saat ini,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.