Hiburan

Hiba, Zaquan Adha Menangis Uruskan Jenazah Anak Bongsu Di Unit Forensik... Keluarga Turut Hadir

gempak
Ainun
11/02/2025
14:52 MYT
Sponsor Banner
Hiba, Zaquan Adha Menangis Uruskan Jenazah Anak Bongsu Di Unit Forensik... Keluarga Turut Hadir
Suasana pilu menyelubungi Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau, Negeri Sembilan sepanjang urusan jenazah anak bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha malam Selasa.
Sehingga artikel ini ditulis, difahamkan, jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, yang baru berusia enam bulan masih berada di unit forensik hospital berkenaan.
Menerusi tinjauan Gempak di lokasi, kesedihan jelas tergambar di wajah Zaquan yang acap kali menyeka air mata dan sebak sepanjang proses menguruskan jenazah anak bongsunya itu.
Pasangan itu kelihatan ditemani oleh keluarga dan kenalan rapat yang turut hadir menziarah.
Antara yang dilihat hadir di unit forensik ialah kakak kepada Ayu Raudhah, pelakon Rozita Che Wan dan Ruby Che Wan.
Turut kelihatan ialah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, serta pemain pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Nasrullah Haniff Johan dan Annas Rahmat.
Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka kehilangan anak bongsunya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.
Manakala, Rozita menerusi kiriman teks kepada media memberitahu kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Selasa difahamkan akibat meninggal dunia ketika tidur.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024