,
Laman Utama

Here Comes July Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan Dengan 'Suara Malaysia'

Asraf Aided
29/08/2021
07:40 MYT
Hari Kebangsaan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Walaupun pandemik COVID-19 masih menyelubungi, namun semangat kecintaan kita terhadap negara tidak pernah terpadam.
Tidak mahu ketinggalan untuk menyemarakkan semangat itu, kumpulan Here Comes July (HCJ) tampil melancarkan lagu baharu berjudul Suara Malaysia. Mendengar pada judulnya sahaja pun sudah tahu bahawa lagu ini semestinya berkisar tentang patriotisme.
HCJ yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) juga turut mengakui lagu Suara Malaysia besar maknanya untuk mereka.
Hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, dan Aden King, lagu ini sarat dengan mesej penting mengenai rasa cinta terhadap Malaysia. Bahkan, HCJ mengakui alunannya bakal memberi semangat luar biasa kepada pendengar.
“Aspek paling utama yang kami minati adalah melodi dan liriknya. Melodi yang moden namun tetap disuntik unsur tradisional menunjukkan kita sebagai sebuah negara, tidak perlu rasa bersalah untuk berkembang ke arah pemodenan atau dalam muzik sekalipun.
“Jangan kita lupa akan asal usul kita yang penuh kesenian, kesopanan, dan kreativiti yang seharusnya ditonjolkan di mata dunia. Pilihan perkataan liriknya pula bertujuan memberi semangat kenegaraan dan memastikan rasa cinta kepada negara tidak luntur,” kata HCJ.
HCJ percaya, nilai patriotisme secara semulajadi sudah terhasil dalam diri setiap rakyat. Namun, dengan adanya kebebasan media sosial hari ini, kadangkala masyarakat terpengaruh dengan anasir buruk. Kadangkala lupa, Malaysia membawa erti yang sangat besar untuk kita semua.
“Bagi kami, Malaysia adalah segalanya buat HCJ. Kami faham, kadangkala, Malaysia ada kekurangannya. Namun kekurangan itulah yang menjadi titik semangat perubahan untuk kita menjadikan Malaysia lebih baik.
“Tanpa Malaysia, kita tak mampu bersuara. Tanpa Malaysia, kita tak dapat menikmati keselesaan hidup harmoni dalam masyarakat. Tanpa Malaysia, kita tak mampu berjaya. Inilah maksud sebenar patriotisme bagi HCJ dalam lagu Suara Malaysia,” katanya.
Kongsi HCJ, lagu itu bukan dihasilkan hanya kerana sambutan kemerdekaan akan menjelang. Sebaliknya, mereka berharap lagu itu bakal mencipta impaknya sendiri dan menjadi siulan serta semboyan peniup semangat rakyat Malaysia terus bersatu-padu.
“Lagu ini kami tujukan buat semua rakyat Malaysia yang perlu kita hayati, bukan sahaja pada hari kemerdekaan, tetapi jadikan lagu ini sebagai peringatan, mengenai semangat dan keindahan negara kita.
“Mesej utama dari kami yang ingin diterapkan adalah satu peringatan. Cinta pada negara tidak harus dipaksa. Ia seharusnya datang secara semulajadi dan dengan cara ini sajalah cinta itu akan sentiasa berkekalan,” katanya.
Selaku komposer penting Suara Malaysia, Mas Dewangga pula mengakui pada awalnya, proses menghasilkan lagu patriotik sedikit mencabar. Ia disebabkan untuk mencipta melodi yang betul-betul mesra dan mudah menangkap halwa telinga ambil masa.
“Selepas dapat melodi yang kami mahukan, proses pembikinan lagu menjadi lebih mudah. Proses menulis liriknya pula tidak lama kerana kami cuba bayangkan situasi kegembiraan dan perpaduan rakyat Malaysia ketika Merdeka dilaungkan buat pertama kalinya.
“Apa perasaan ketika itu dan pastinya rakyat Malaysia dari berbilang kaum bersatu dalam meraikan kemerdekaan bersama. Daripada situ, banyak idea mengalir dalam kepada sekali gus penulisan jadi lebih lancar,” katanya.
HCJ mula aktif sejak 2013 dan pernah membuat persembahan di Rantai Art Festival, Naib Johan Music’s Friends from Far Away Places, Unity Festival Malaysia, Push to Play Vol. 28, Merdekaraya Open Mic, LiveInIntun, Euphonious 2018, dan Cyber Fest.
Terdahulu, mereka juga tampil dengan lagu Juwita yang menjadi runut bunyi sebuah drama popular sehingga meraih perhatian lebih ramai pencinta muzik tempatan.
Awal tahun ini, HCJ juga turut melancarkan lagu berjudul Sembunyi.
Suara Malaysia boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

gempak
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Drama

Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
15:06 MYT
Pelakon drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi juga turut sama memeriahkan perarakan yang berlangsung pada Sabtu di Dataran Putrajaya.
Viral

Terhibur Lihat Gelagat Menari Sambil Beri Isyarat Penerbangan, Netizen Gigih Cari Abang Shuffle - "Paling Rare! Tolong Reveal Bro Ni Siapa Boleh Tak?"

gempak
31/08/2024
13:25 MYT
Lelaki ini yang secara tiba-tiba menjadi tular kerana gelagat spontannya ketika menari telah disiarkan secara langsung pagi tadi.