HIBURAN
Henry Golding Jawab Dakwaan Bakal Bawa Watak James Bond
Aktor kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Henry Golding menjawab persoalan tentang dirinya yang didakwa bakal menjadi James Bond terkini.
Menurut Henry, membawa watak yang cukuo ikonik dan tersohor itu adalah sebuah mimpi ngeri yang diimpikan semua aktor.
“Saya fikir itu (James Bond) adalah mimpi ngeri buat semua aktor,” ujarnya dilaporkan People.
Henry yang ditemui pada tayangan filem The Old Guard di Los Angeles menjawab persoalan tersebut selepas Denis Villeneuve diumumkan menjadi pengarah terkini francais yang akan pertama kali ‘dilahirkan’ oleh Amozon MGM Studios.
“Walaupun demikian, kita mahu sesuatu yang baharu tentang francais James Bond. Mungkin mereka boleh memperkenalkan lebih ramai agen? Saya fikir itu akan lebih menarik,” katanya lagi.
Tanpa mengiya atau menidakkan desas desus dirinya bakal menjadi James Bond terkini, Henry mengatakan mungkin dirinya takut dengan watak dan francais tersebut.
"Mungkin saya hanya seorang penakut. Saya tak pasti. Tapi saya rasa saya akan lebih menyukainya jika tiada tekanan budaya yang membebankan,” katanya lagi.
Diadaptasi daripada novel popular karya Ian Fleming, filem Bond pertama ditayangakn pada tahun 1962 oleh Albert "Cubby" Broccoli dari Eon Productions. Ia merupakan syarikat produksi British yang menerbitkan semua filem Bond setakat ini.
Sean Connery merupakan pelakon pertama yang membawa watak perisik British yang telah menjadi fenomena, diikuti oleh David Niven, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Daniel Craig.
Must-Watch Video